Tuesday, November 30, 2010

CikLiyana Minat HidupBarat !

Hah, ape cikliyana minat HidupBarat..ceh cakap tak suka seksi-seksi tapi minat barat-barat lah plop! Hey, jangan salah pikir yer adik comey kakak cantik abg body ketak macho encem-encem, cikliyana ni minat kumpulan WESTLIFE ! Ala, penyanyi barat tuh, yang ada Shane Filan si pendek yang macho, Mark Feehily yang putih selepok bibir merah tuh, si Brian McFadden yang rambut belah tengah ala tomok, Nicky yang kiutmiut dan jangan lupa Kian Egan yang macho pendiam tapi nampak bijak tuh! Hah amik kau semua sekali masuk list! Tapi, bukan setakat gila minat WESTLIFE, cikliyana pon minat BOYZONE. BSB tak layan sangat, kurang best sikit.





Dulu masa zaman sekolah menengah, memang gila lah kat band omputih dari Ireland nih sampai kan makcik sedara semua tahu sampai kena perli-perli! Zaman anak remaja baru nak naik kan, mesti dan mesti kumpul poster, majalah, VCD lirik lagu omputih nih! Tambah-tambah zaman tuh, ada orang duk jual kad nama yang dalam katelog tuh, apa lagi tempahlah yang ada gamabar westlife baru lah gempak! dan yang paling hebat, bila korang nyanyi hafal lagu omputih, kompon budak-budak lain cakap kau terer English, padahal hampeh! 

Peberet lagu WESTLIFE, Season In The Sun, Flying wothout Wing, I lay My Love On you, My love, Uptown Girl...banyak lagi kalau senarai semua abis lah korang kena layan cikliyana nih! Hahahahaa..

Kalau lagu BOYZONE , paling minat & gila-gila remaja ialah lagu.......Everyday I love You..hah gedik kan! Lagu lain pon best, contohnya No Mather What, & Words.



Eh, Jom layan lagu nih, bayangkan laki korang ke, bakal laki ker nyanyi lagu nih kat korang masa korang merajuk...mesti lelehlah air mata hidung! Teruja terharu lah korang! 


CONTEST GAMBAR PALING CHILL

Korang rasa korang sangat chill? sangat happening??

Jom ajak blogger-blogger lain jadi gila dengan gambar korang.



Syarat penyertaan :

DI SINI


GAMBAR CHILL HATI GETAH



"Kami Boleh Chill Dalam Tandas, ANDA?

CikLiyana suka warna MERAH & PINK membara dan lembut !


TAG :


Lekat-Lekit
Qaseh
C'NEE




Tarikh Tutup : 31 Disember 2010






BARU DARJAH SATU DAH PANDAI BER-SEKS !!



Cuba korang bayangkan, anak atau adik korang esok-esok, eh tak esok dah, mulai tahun depan dah boleh tanya korang pasal seks! 


Sejujurnya, Cikliyana tak nampak langsung relevannya benda macam tuh untuk budak darjah satu. Dorang tuh, kencing pon dalam seluar lagi, silap-silap buat praktikum dalam kelas! Buakan kita tak pernah baca pasal budak-budak sekolah rendah nih buat seks dalam kelas, budak belajar seks dari video lucah & sama-sama budakrogol-merogol! 


Nanti, tak pasal sekolah mengandung kat melaka tuh, penuh sampai kena buat cawangan kat setiap negeri! Sapayang malu, Malaysia jugak kan? Agama apa yang malu dan terhina..Islam kan? Lagi bagus kalau budak-budak kita ajar dorang soal agama dari kecik, supaya besar esok dorang tahu nak beza kan mana yang baik mana yang buruk! 



CONTEST GAMBAR KENANGAN SEKOLAH DULU-DULU

Sape setuju, zaman sekolah adalah zaman yang paling best? Angkat tangan dan jangan malu-segan! 

 Jom Sertai Contest gambar Kenangan Sekolah Dulu-dulu

syarat-syarat nya :


KLIK SINI


Hadiah -hadiah nya :

pemenang pertama (RM10 + special gift) 
pemenang kedua (RM5 + special gift) 
pemenang ketiga (special gift)
dan 3 pemenang bertuah untuk hadiah saguhati 
  
 Gambar Taruhan Yang Hebat :


Hebat ker?

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PASIR MAS
Batch : 2002-2003
Baju Rasmi Asrama

Hah nak tengok gambar cikliyana dekat-rapat masa muda?




KURUS KAN?


Berita : Wanita Hamil Di Tumbuk Jaga !

Hey, orang tuh dah lah nak bersalin kau sanggu tumbuk dia ! Kau tuh baru kerja jaga tak kerja polis ke hape lagi, dah nak tumbuk orang sesuka hati! Eeee....kejam betul kan! 


Masa cikliyana baca nih, rasa macam nak gi tumbuk laju-laju bertubi-tubi jek kat muka & badan jaga tuh! 


Lagi satu pihak hospital pon tolong lah periksa mental pekerja sebelum lepaskan dorang bekerja dalam hospital tuh, tak kiralah hospital ke mana tempat ke semua majikan HARUS check MENTAl pekerja! Tambah-tambah hospital tempat nak dapatkan rawatan, tempat bersabung nyawa..tentunya pesakit dalam keadaan lemah dan tak mampu nak melawan! 

Berita : Maut Selepas Hantar Isteri

Innalillahiwainnailaihirojiun , semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempat kan di kalangan orang yang beriman, amin. Mati tuh pasti, mungkin Allah lagi sayang kan suaminya, sebab tuh Allah amik arwah dulu. Lepas jek hantar isteri pegi kerja, selang beberapa minit arwah dihempap sebatang pokok. Takut kan..tambah-tambah sekarang ni musim hujan, pokok tentu tak dapat bertahan dengan kukuh sebab mendapan air kat tanah. Mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga keluarga dan isteri arwah tabah dalam mengharungi kehidupan selepas kematian arwah. 

Ngepek Getah : Lelaki Benci Isteri



Benda tuh terbukti kan, zaman sekarang nih banyak sangat benda berlaku..isteri masak tak sedap pon kena pukul dengan suami. Rasa susah sikit pon dah nak maki-maki isteri. Dulu sebelum kawin tergedik-gedik nak kawin, bila dah kawin..uhmmm lupa semuanya. Tapi tak semua laki tuh salah kan, isteri pon ape kurangnya..tak dapat batin dari suami, cari jantan lain jugak. Suami curang kita pon sama naik nak curang, anak pon terabai. 

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Monday, November 29, 2010

GA BICARA KASIH





syaratnya disini ---->> Giveaway Bicara Kasih.




 Tarikh Giveaway Bicara Kasih bermula dari 13 November 2010- 6 Disember 2010

Sunday, November 28, 2010

Ngepek Getah : Teruk Ke Menantu Tak Pandai Masak ?

"ada hati kau nak kawin dengan anak aku" "nanti macamana kau nak bagi anak aku makan?" "takkanlah nak suruh anak aku makan nasi dalam supik [plastik] dalam kertas jek! "



Hah, macamane kalau kena macam tuh dengan mak mertua, mesti hangin satu badan kan silap-silap cerai berai sebab mertua campur tangan. Tapi jangan salahkan mertua seratus peratus! Sekurang-kurangnya awak tuh kena ada sifat rajin, tak pandai takpe boleh belajar. Tepuk tangan bunyi sendirik yer. 

Walaupon cikliyana ni tak kahwin lagi, tapi dah boleh bayang dah situasi macam tuh kalau kita tak pandai masak kan. Mesti malu kat diri sendiri jugak melainkan kau tuh muka tembok batu china! Tebal tak terasa sikit pon dengan lastik mak mertua tuh. Tapi ingat, kalau laki kau tersangkut ngan mak janda kat gerai tuh, jangan melenting..hihi macam dalam drama kan!.

Tapi tak boleh salahkan perempuan 101% sebab, lelaki pon kalau pandai masak tolong jangan ego sangat, aja jelah bini tuh, sesekali belajar masak sama-sama kan romantik..eceh macam pakar rumahtangga plop doh eh! Satu jek nak pesan, kalau tak pandai boleh belajara jangan malas sebab kalau kita pandai masak suami anak-anak mesti bertambah sayang. Ikat perut suami dengan air tangan sendirik..biarlah suami buncit jasa air tangan isteri. Buncit lambang kemewahan! Hah!


SIBUK DUK CAKAP BINI TAKPANDAI MASAK DAH AWAK TUH SI LAKI BOLEH JADI IMAM SOLAT TAK?

Hah : HANTU KUM_KUM


Agak-agak korang pernah dengar pasal cerita nih tak? Ada macam-macam version kan... latest ada tayang kat Astro..perghhh tak takut yang tuh tapi bila part bagi salam tuh...sejukkk telinga! Kalau orang bagi salam masa tuh, rasanya dah....."bye umi..sya pergi dulu..halalkan makan minum saya" ehh sempat lagi! 

Yang cikliyana pernah dengar dulu, taksilap masam form 2 kot..dah lupa. Version yang perempuan berpurdah yang bagi salam tuh. Asalnya dia ni perempuan hudus, sebab nak cantik dan termakan hasutan setan durjana dia pon pergi jumpa bomoh. Bomoh tuh guna ilmu hitam kot, " kamu jangan tengok cermin selama 100hari, kalau tak tak terimalah padahnya! " . Tapi perempuan biasalah kan, bila dah orang duk puji " comeynya..cantiknya eh gebulah sekarang pakai ape?" mesti lah nak tengok cermin tang tuh jugak kan! angguk kepala sekarang!

Sebab dia gatal gi tengok muka kat cermin, dapat lah habuannya..muka dia jadi hudus lebih hudus dari sebelumnya "hah padan muka kau, tak bersyukur sangat dengan barakah Allah" . Bomoh tuh hasut lagi, dia kena cari korban perawan seramai berapa orang ntah cikliyana dah lupa, untuk ambil darah mereka dan minum. Seram seyh entry nih! berdirisss bulus nih! Sebab tuh lah dia gi buru sambil bagi salam Assalamualaikum...kum..kum.. 

Rasa macam cerita nih tahyul kan...rasa macam illuminati pon ada..nanti tak pasal kita takut nak bagi salam dan jawab salam! 

Mood Getah : Demam Dah la wey !


Akibat bermain hujan, cikliyana dah demam hari ni...huhu tapi kena siapkan kerja sikit. Tolong adik cikliyana translate report dia..huhu penat wey! Asyik bersin jek tak henti-henti..nak tercabut hidung dah ni.

Mood Getah : BANJIR KEJAP KECOH LEBEY!


Adeh tak tidor lena cikliyana semalam, air naik penuh tempat parking kereta! Sikit lagi nak masuk kat dapur basah sebab dapur basah rendah sikit dari bahagian dapur kering. Penat gila nak elakkan air masuk rumah...tolak air dengan penyapu, penyodok sampah & segala macam cara! Dah rasa macam main kayak! Bangun pagi nih sakit abis belakang badan!

Semalam air hujan kat Kota Bharu mencurah-curah ibarat kata macam kau masuk bilik air..bukak paip sehabis mungkin..hah macam tuh lah! Sangat lebat & diiringi dengan dentuman kilat & guruh! dah lah semalam papa takde, gi outstation..rasa macam nak nangis sangat-sangat! Nasib baik ada adik-adik lelaki yang gagah perkasa! Tapi takleh lawan semangat cikliyana lah..eceh koya best!

Lasti dah taktahu nak buat macam mana sebab badan dah penat sangat kena hujan + operasi menyelamat kucing-kucing kat rumah ni ke tempat yang tinggi, kitorang guna "Water Pump" untuk salur air ke luar pagar walaupon kat luar tuh pon dah naik air, at least air tak sempat masuk dalam rumah.

Pagi nih, panas dan terang seterang seperti takdae ape yang berlaku semalam..sangat indah & nyaman! Dahlah semalam, kucing-kucing takcukup...kul 3 pagi bangun pergi cari CikTom dalam hujan, rupanya duk bawah enjin kereta! Dia takut nak turun, tengok kiri kanan semua air..CikTom tuh penakut! Nasib baik Cikliyana ni bangun & amik dia letak Ibbu dia..suspen lagi Ibbu turun kat air nak cari CikTom! Dan pagi nih, CikTom demam! Kejap lagi kena suap ubat!.

BANJIR DAH WEY!

Saturday, November 27, 2010

Header Untuk Qila


Gadis Comel ni namanya QILA


Anda bosan? Anda rasa anda creative @ saja nak test power?

Ni CikLiyana hadiahkan untuk Qila



simple but just nice

Hadiah :

1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
1 Hadiah kedua : Shawl Cotton bernilai RM12
1 Hadiah ketiga : Shawl Chiffon bernilai RM10
2 Hadiah saguhati : Inner bernilai RM8/satu

Sponsored by ;

Tarikh tutup : 12.12.10

LULUS TAK?

 

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Hey, lelaki yang lalat berak kat muka tuh MERAH kan? Ala cerita Merah Putih tuh ! Dia suka berlakon watak jahat kan! 

Abaikan, nak dengar lagu ni jek tiap masa..kecewa ke? Entah lah..tapi sekarang nih dah tak rasa ape-ape..mungkin dah putus asa kot.

Tapi kan HatiKu Hati Getah, suatu hari nanti akan ada Jejaka yang ketuk dan bukak balik kunci pintu hati nih..eceh nak tunggu lah! Tapi kalau sampai 26 tahun tak kahwin cemane? Andartu ? Huh taknaklah! huhuhuu taknaklah..betul nih taknak! 

Ada calon tak untuk cikliyana?

Mood Getah : Panaskan PERUT !



Sape kenal kuih kuning-kuning ada nyoq & hitam di tengah?

Kuih nih best kalau makan waktu hujan...syokkkk!! 

Tadi masa nak gi rumah mama, nak behenti dah tepi jalan nak gi beli kuih nih, tapi...adeh ramai nyer! berjujut-jujut...ehh takpaham? bersusun-susun orang nak beli.  Jem jalan sebab putu halba..kegilaan lah mereka!

Akhirnya..cikliyana sanggup lintas jalan dalam hujan campur dengar kereta simpang siur semata-mata untuk memenuhi permintaan perut! 

NAMA KUIH NIH PUTU HALBA

Mood Getah : Hujan wwooo...Ketaq !

Dari bangun pagi tadi nak salam dengan papa [outstation] , hujan tak behenti-henti nak bah [banjir] dah la! Tapi masa nak gi amik bibik kat umah mama tadi, hujan renyai-renyai kejap. Masa on-the-way nak balik tengok ada polis trafik jaga kat simpang 4..ingat nak pecutlaju jek sebab nampak lampu isyarat kelip-kelip nak merah, tapi sekali polis tuh berhenti jaga trafik. Adeh, Kena follow lampu la plop....break mengejut! Hahahaha  kesian bibik padan muka  cium kerusi! Sikit jek kan...tak sakit kan!  Saya memang suka bawak laju!

Sampai jek rumah, jemur kain, bibik kemas dalam rumah, "mop kasik kilat yer bik! bia saya boleh nampak muka saya kat lantai" . Baru jek duduk nak ber-belog... "dik..bangun saya nak mop lantai bilik nih"  Ish kacau lah bibik nih..kena baring atas katil plop doh eh. Dah la panggil kitorang ikut saiz badan "adik kecil, adik gemuk, adik kakak, adik bulat" !!


Asal hujan jek lapar..asal lapar jek hujan..hahaha! Apalagi..jom makan maggi! lagipon pagi tadi makan sandwich jek..petang nanti nak gi makan gulai [kenduri] kat rumah sebelah .

Mood Getah : Buang Duit Lagi !

Saya rasa nak mem-bazirkan duit secara maya lah. Tapi malas nak review dari satu belog ke satu belog [PEMALAS] . Kawan-kawan ada idea tak saya perlu ke belog mana? yang korang percaya dan pernah langgan-bbeli kat situ. Bukan ape, nanti kena tipu sape yang kena marah...kamu lah tuh! Tolong saya suggest ke belog mana yang saya perlu pergi. Nak yang comey tapi ala muslimah sikit lah, taknak yang over sangat..sweet adorable dress @ blouse dah okey untuk saya...so plez suggest me!


semalam beli shawl subang yang baru...jeng-jeng..nak tengok?


comeykan..terpaut dihati


hatiku kini warna warni.

Contest Mimik Muka Menarik


Anda rasa diri anda panas, sexy muka potogedik?
Jom Menarik-kan diri dengan join contest ni! Ayuh!

syarat nak serta, tengok dengan mata sendirik kat SINI

Muka gedik CikLiyana



"Ehhh tengok belog dia ada contest menarik lah!"
"CEPAT BUAT MUKA TERUJA!"

KORANG PON TERUJA, APALAGI MARI MENARI  MEN-GEDIK-GAMBAR BERSAMA !

Tag :


Friday, November 26, 2010

Jala Dari Emas



Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Kuih nih sangat manis, bagi orang Kelantan Jati macam cikliyana ni mungkin tak kisah kalau makan berkeping-keping tapi bagi yang nak cuba rasa tuh dah bagi amaran ni...MANIS ! Wah, tetiba jek rasa nak pergi beli kuih nih. Kuih ni ada pasangan dia iaitu Tahi Itik, Bunga Tanjung dan Akok !  Tahi Itik tuh kuih yer bukan yang itik preet..preet tuh..atau nama cantiknya Putih Telur. 

Esok Baru Mandi yer nak !


Esok kita mandikan kucing-kucing kat rumah ni!

siap sedia ; CikTom , Kitty , Kiki & Ibbu..
[eh ibbu takleh!! bengkeng sangat]



I Love Them


~Kiki yg hudus di depan ; 
Ciktom yang macho hitamputihgemuk dibelakang~


Ibbu with the Missing Death Kitten



Kitty Demok


CikLiyana couple with CikTom , Aesyah couple with Kiki , Angoh couple with Kitty & Papa couple with Ibbu. Aesyah sorang jek lesbo..sama jantina..eh tak pempuan ngan betina lain kan? tapi jangan kecik hati kalau kat Kelate orang panggil kau .."hey...tino @ tino nih "  .

Kami kena care kucing masing-masing , bertanding kucing sape paling demok dan bulu lebat..dan pemenangnya CIKTOM KACAK !

 Kiki paling lurusbendul sebab ikut jek apa kita nak buat kat dia..nak lambung atas siling pon takpe ! Kiki the Dump Cat ! Ibbu paling Hot..sebab hobi suka melahirkan anak dan sangat setia pada yang satu! CikTom paling nakal sebab suka bawak balik segala menatang kat luar tuh termasuk ular ! 

Adeh, geram betol kalau dah terlampau ganas..terbaru semalam CikTom bawak balik burung kecik serindit tuh, berkecai patah tulah sayap mati keras burung tuh kena lambung ! Dah puas@boring main, dia pass kat Kitty. Kitty lambung golek lompat atas burung [bangkai dah pon] sampai lah jatuh dalam longkang. 

Dah tu wat aksi comey..seluk tangan dalam jeriji longkang nak amik burung..tak dapat lah wey! Then...pluupppp air mesin basuh keluuar kat longkang ..hanyut burung! tak abih lagi, Kiki became a heroin lah konon..masuk kot lubang longkang kat belakang dapur, berlagak bijak konon..huh! Dah tu sape nak main kalau basah macam tuh, takpandang lah wey..bia Kiki maen sekor sampai kena marah!

 Padan Muka !

Thursday, November 25, 2010

beautiful blogger award ke-2


kali ni dari ladyafiefa

Mewahlah Dalam Makan



WEY, kenape cikliyana ni suruh bermewah dalam makanan, tak baik lah woit! Heh..bukan nya hari-hari pon sekali sekala boleh kan! Dalam keluarga kitorang, memang diajar begitu sebagai salah satu cara untuk merapatkan keluarga. 

Kitorang akan berkumpul ramai-ramai dan masak@beli banyak-banyak pahtu rebut! Hahaha seronok makan ramai-ramai kan, jadi berselera. Tak kira lah kitorang kat mana sekali pon, ia tetap diamalkan. 



Contohnya kalau yang ada kat KL tuh, dorang akan berkumpul kat rumah sape-sape, dan tuan rumah akan menjamu dengan makanan yang menitik air mulut! Menangislah kau kalau kau duduk sorang jek kat negeri tuh! 


"ingat masa kat Muadzam dulu, dorang selalu wat video call tunjuk makanan sedap-sedap, makan ramai-ramai...jeles giler! Tang tuh jugak nak amik tiket balik semata nak makan" 


Sebab tu jugaklah, kami yang pempuan ni kena pandai masak kalau tak malu kat sedara mara sendiri lah tak boleh bukan rumah [open house] sendirik! Katering kami tak pandang sebab bukan sedap sangat pon! Kami ni lain antara satu sama lain, ada yang pakar dalam western, kek&biskut , masakan kampung , kuih tradisi & moden. 

Gosip Getah : DDR DUA ALAM ?




Hahahahahah apa macam tak sampai 1/2 juta pon jualan dari hari ditayangkan ! Kata nak 40 juta sedangkan poster filem pon ciplak-ciplak! Semoga tabah yer dokter, dokter tumpu jek dekat JUS MATE 5 dokter tuh. Dokter baru jek nak ceburi bidang nih, so takperlu lah target sebegitu. Ada baiknya dokter start dengan drama dulu..hah ape kate buat drama tentang kejayaan JUS MATE 5 ..mesti 1 juta lah! Gerenti angkat ibu jari congek lah.."macam filem Erra Gemuk tuh..Cinta Kolestrol ada juga versi Thailand" 


sumber : oh-bulan

Kereta Mewah untuk Jenazah !


Dah mati pon boleh mewah lagi tuh, bukan calang kereta..Alphard tuh!


Tolong Pakar Belog

pic:google

Hari tuh bosan-bosan edit Hati Getah sekali ter-delete function DISABLE RIGHT CLICK ! Cuba amik code search kat google..tapi hampeh! takleh wey! huhuhu tolonglah saya....saya budak baru melastik sekali terlastik sarang rimau! Adeh!

Wednesday, November 24, 2010

SuriRumah Tak BerTangga

Penat betul sejak cuti sekolah start nih, dah jadi macam bibik plop eh. Bangun jek tidor kena pikir dah nak buat sarapan, nak basuh kain, nak kemas rumah, masak tengahari sampai lah malam. 

Ni lah nasib kalau takde kakak, jadi anak sulung yang penuh bertanggungjawab...eceh tipu..kakak sulung yang suka menjerit "wey..makan elok-elok sikit jangan tumpah! hey, pinggan tuh takboleh tolong basuh ke? sudah-sudah lah main PS tuh, nak kemas sini plop nih! " Heh cepat angkat tangan kalau korang pon macam tuh!

Menu untuk lunch hari nih, simple jek sebab malas nak masak banyak-banyak "takut nanti taksempat ber-hati getah" lagipon dorang tuh kena jar makan sikit kalau tak jadi tong drum! 


"Ni ke lauk yang kena makan sikit taknak jadi tong tuh? Tengok ada santan jek! "  Hah ada santan lah tapi takpe kan dah ada sayur kat situ. Kari Ayam , Ikan Kerisi Goreng Kunyit , dan Sayur Chap Chai@Pucuk Soya Goreng Kicap. Simple jek kan..senang sikit kalau nasi dah habis, malam nanti just makan roti cicah Kari Ayam [saja buat kuah banyak-banyak] sedapkan..yummy! 

*entry ni sepatutnya Tengahari tadi tapi tak sempat*

Awak Kena Pandang Saya !





Nama Cikliyana, boleh panggil atau gelar apa saja yang ada suka. Seorang yang gemuk, hitam dan comot. Pemarah atau bengkeng tuh sifat semulajadi, tapi boleh jadi sayang muah-muah ! HATIKU HATI GETAH sebab hati saya boleh berubah, saya marah saya maaf, saya cinta saya benci. 
Terima Kasih!

kids & baby photo contest


Ni cikliyana dapat tag dari mawar berduri, dah lama dah agak basi dah kot..huhuu "lembab lah kau hati getah..pemalas!" . Okey mari kita tengok-belajar dan kerjakan contest ini. Heh.


syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.


Gambar yang dipertaruhkan untuk menang hadiah di atas.."eh..jap lubang telinga kau bukan dah tutup ke cikliyana? "  huhuhu takpe boleh cucuk lagi sekali!



Budak ni lah, yang pakai baju kuning tuh..ehh bukan yang pakai baju rimau tuh!




Hai semua, nama saya AHMAD IDLAN KHAIZURRAN, saya budak yang baik tak macam Hageemaru budak yang kedekut dan Asarichan budak yang nakal tuh! Semua orang panggil saya AYYAN atau baby tua!

"abang kedekut macam Hageemaru kan Along kan!"

Saya ni umur 3TAHUN tapi mulut dan bijak saya hebat macam abang saya yang umur 10 tahun malah lebih berani dari abang! 

"abang min penakut lah, potong sajalah abang min! "


Budak Ayyan ni SEPUPU CIKLIYANA yang sangat manja dan nakal tapi dengar cakap.
"Tukar adik baru Amik adik lama" peberet lagu dia lah nih sempena lagu tema cina tukar-beli tilam/newspaper. 


Hantu kepada ULTRAMAN COSMOS, boleh kata sehati sejiwa dengan Mushashi Haruno. Wajib tengok ceria setiap 7.00 malam Isnin hingga Khamis, kalau tak ingat wajib record! Satu jek masalah, tak boleh terima kekalahan ultraman!

"tukarlah, adik taksuka cerita ni" merujuk kepada kecewa lepas tengok ultraman kalah..haha!


Sarapan dia mudah jek, peberet dia ROTI TELUR, sape nak pikat dia kena pandai buat roti telur okey..haha tipu sebab budak ni memang kaki kipas laju wey panjang kata pem-bodek! 

"adik suka nih, sedap nih..yummy delicious! "

 TAG


cukup 8 kan?tak salah kira kan? eh...kalau yang di-TAG ni dah buat SILA ABAIKAN tapi kalau belum buat jelah manatau untung dapat subang free..naek traffic belog kagi !

**Good Luck Ayyan , nanti balik Kota Bharu kita gi jalan-makan-minum-main same-same eh! windu weys! **
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...