Friday, November 26, 2010

Jala Dari Emas



Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Kuih nih sangat manis, bagi orang Kelantan Jati macam cikliyana ni mungkin tak kisah kalau makan berkeping-keping tapi bagi yang nak cuba rasa tuh dah bagi amaran ni...MANIS ! Wah, tetiba jek rasa nak pergi beli kuih nih. Kuih ni ada pasangan dia iaitu Tahi Itik, Bunga Tanjung dan Akok !  Tahi Itik tuh kuih yer bukan yang itik preet..preet tuh..atau nama cantiknya Putih Telur. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...