Thursday, December 09, 2010

HatiKu Hati Getah

"Sekelat-kelat teh o ais limau, tentu ada manisnya"


uhmm..tak tahu nak cakap apa..dua tiga hari ni rasa lain macam jek sunyi. Rasa macam kosong jek, macam dah takde jiwa. Mungkin sebab kawan-kawan asik duk tanya "bila nak kawin" kot. Aiii nak kawin macam mana kalau orang yang nak dijadikan pasangan tuh takde dalam senarai. Belum ada jodoh lah tuh..




Bukannya cikliyana ni memilih sangat, tapi pengalaman mengajar segalanya. Nak kata cikliyana ni baik sangat tak pon, sebab pernah jugak curang, pernah jugak kecewakan perasaan orang lain, sampai sekarang orang tuh masih berharap tapi sorry saya tetap tak boleh terima awak. 

Kalau tak pernah kecewa mesti takkan ada pengalaman kan?. Cikliyana pernah kapel 3kali, tapi yang paling bagi kesan dalam hati cuma dua jek.Yang memula tu, cinta monyet kot..tengok orang lain kapel kita pon nak kapel. Tu jek sebab utama pilih dia, & dia pon tahu siap cakap "kalau awak jumpa orang lain yg lebih baik, pergilah saya tak halang". 

Tak sampai setahun, cikliyana masuk belajar kat satu IPT nih jumpa lah ngan mamat nih. Dia memang kawan yg baik, perihatin sampai lah satu malam tuh, lepas kitorang keluar makan-makan dengan kawan-kawan, balik jek rumah kami mesej-mesej, tetiba dia cakap "saya suka awak". Serius memang terkejut, sangat terkejut sebab memang cikliyana pon minat dia dalam diam. Cikliyana terima dia padahal masa tuh tengah kapel dengan yg memula, nak buat macamana hati memang dah takde untuk yg memula tuh. Kejam kan..tapi tulah realitinya. Dalam 3tahun kitorang asik berkepit jek, makan sama-sama, belajar sama-sama, memang bahagia! Parent & adik beradik kami pon tahu. Tapi sebabkan salah faham & salah cikliyana sendiri, kitorang putus. Cukup sakit..perit..sampaikan ada satu masa rasa nak mati jek. Tapi Allah masih sayang & sedarkan cikliyana. Sampai sekarang cikliyana berharapkan dia..tapi tak tahulah sampai bila. 


Dalam satu tempoh yang cukup sakit & perit nak terima kata putus, ada seorang ni minat tapi masa tuh tengah menonggen frust, so memang takde niat lah nak kapel. Budak tuh memang baik & cintakan cikliyana sampai lah dia dah takde kat dunia nih. Terkilan sangat sebab sebelum kejadian yg meragut nyawa dia tuh, dia ada mesej ajak keluar minum air dekat warung belakang rumah sewa..tapi entahlah mungkin Allah dah nak tunjuk kot tanda-tandanya..cikliyana taklayan sikit pon mesej tuh..macam malas sangat. Lepas Isyak, dapat tahu arwah kemalangan depan rumah dia sendiri..masa tu memang tak tahu nak cakap apa..terduduk tapi cuba tak tunjuk sedih sebab ego. Lepas beberapa hari, cikliyana pergi melawat kat wad ICU , masa tu memang sedih sangat dah buang segala ego..memang nangis habis-habis siap rayu.."bangunlah, saya janji saya terima awak". Selang beberapa hari, bekas kekasih cikliyana datang..kitorang keluar jalan-jalan amik angin sambil bincang soal hati. Rupanya dalam masa tuh, arwah dah hembuskan nafas yg terakhir, tapi takde sorang pon yg bagitahu cikliyana sebab takut mengganggu proses kami berbaik semula. Terkilan sangat!!! Bila pergi majlis tahlil, mak arwah peluk dan cakap "taksempat yana nak jadi menantu rumah nih" ..tersentuh hati ni. Arwah sangat baik, selalu tenangkan & ingatkan cikliyana bila sedih. Ingat lagi ayat dia "bila kita sedih, kita kena ingat Allah". Al-fatihah untuk arwah.

Taklama lepas tuh, ada la kenal dengan kawan kepada kawan nih, mamat ni pelik, sangat lucu & menghiburkan. Memang susah nak tengok dia serius & romantik. Mungkin dengan sifat tuh, hati ni terpaut..cinta tuh kan buta. Sepanjang kapel dengan  dia memang mengindahkan...sangat menghiburkan sampailah bila kitorang putus sebab tak sefahaman, kitorang lost contact sekejap amik masa untuk memaafkan masing-masing. Sampai sekarang kitorang tetap best friend..dan bila cikliyana sedih, cikliyana tetap akan cari dia. Kitorang sama-sama single sekarang nih, tapi kadang-kadang kawan-kawan pelik tengok kitorang, macam kapel padahal takpon. Mungkin sebab dua-dua ego..masing-masing nak cari yg lain. Sampailah awak dapat cari orang lain sebagai pengganti saya, selagi tuh lah awak kena jadi driver & penghibur saya! 

Jadi satu masalah bila kita jadi takut & fobia untuk jatuh cinta lagi..takut untuk dikecewakan. Yelah bukannya kita nih muda sokmo-sokmo, kalau boleh nak hubungan yang kekal. macam lagu berpacaran tuh.."kalau dah berkenan jumpa mak ayah masuklah meminang"

2 comments:

AiDa AzRyN said...

InsyAllah.. de la jodoh yang sesuai untuk kita suatu ari nanti..
banyakkan berdoa ya.. ^^

cik siska ^_^ said...

sabar ye..setiap ape yg kita tempuh tu mesti ada hikmahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...