Friday, December 10, 2010

ANGKAT TANGAN : STOP CHILD ABUSE / HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK

Salam semua,

Ingat lagi tak dengan kes-kes, dan budak-budak ni...






Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.


Tak fikirkah mereka dengan kesusahan orang lain? Orang yang nakkan anak tapi belum ada rezeki? Susah payah ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari demi seorang cahaya mata hasil kebahagiaan perkahwinan?. Bagi cikliyana, mereka yang suka mendera & buang anak merata-rata ni sifat mereka lebih dari binatang! Binatang pon tahu sayangkan anak..tahu erti penatlelah mengandung. Yang lebih teruk, kaum lelaki yang tak tahu sakit perit ibu mengandung sukahati nak menghukum sampaikan nak bunuh budak! Dalam mana-mana agama pon, dinasihatkan supaya mengajar anak berpada-pada bukan sampai tahap membunuh!



Anak itu diberi nama pada hari ke-7 & dihindarkan dari penyakit. Setelah umrnya 6 tahun, dididik. Setelah 9 tahun, diasingkan tempat tidurnya. Bila berumur 13 tahun mesti dipukul bila meninggalkan solat. Dan bila umur 16 tahun, ayahnya harus menikahkan dia, kemudian memegang tangannya & berkata, "Aku telah mendidik, mengajar & menikahkanmu. Maka aku mohon perlindungan kepada Allah dari fitnah-Mu di dunia & seksa-Mu di Akhirat."





Golongan sosial pula, pandai buat pandai lah tanggung dah pandai seronok pandai lah tanggungjawab. Ni tak, senang-senang jek buang anak dalam longkang lah, dalam tongsampah lah..macam korang buang sampah jek anak-anak tuh. Cuba lah bayangkan, pasangan yang bertahun-tahun tunggu nak dapatkan anak tapi tak dapat...sedih tau! 



Dengan sifat kesedaran yang ada, CikLiyana menyokong sepenuhnya usaha UNICEF-STOP CHILD ABUSE & KEMPEN KAMI PERIHATIN. Hentikan keganasan terhadap kanak-kanak, anda pernah melalui zaman kanak-kanak, & anda tentu tahu sakit-perit bila dipukul oleh orang dewasa. Badan kanak-kanak tak mungkin bertahan seperti badan orang dewasa.




PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN OLEH HATIKU HATI GETAH




3 comments:

eiela said...

sokong jugak kempen nih. kanak-kanak untuk disayangi bukan untuk didera.

Latest Entri :
1)Contest Kesayanganku
2)Nomborku 369, Kumpulan 10 Blog Baru Pilihan

sebelas said...

seram aku baca

yaniazmi said...

saya baca lain macam je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...