Friday, December 03, 2010

Ngepek Getah : Cuti Semester nanti Kita Kahwin tau !


Nana : Mak saya nak kahwin !
Mak : Hah !! Eh..tapi kamu kan belajar lagi, takboleh!!
Nana : Tapi mak kami sama-sama suka, sama-sama cinta! Kami tetap nak kahwin
Mak : uhm..laki tuh budak mane? kerja ape? umur berapa ?
Nana : Kami sama kolej mak..budak negeri X. Tak kerja lagi..
Mak : Aduh....ape nak jadik kamu nih nak! Nanti macamana laki kamu nak sara                   hidup kamu?
Nana : pandai-pandai kami lah nanti mak..duit loan kan ada!


Salam semua...!! Situasi kat atas tuh, pengalaman salah sorang kawan cikliyana. Dia nak kahwin sedangkan dia & pasangan masih belajar & di bawah tanggungan keluarga sepenuhnya...takde kerja tetap mahupon sambilan. Bukannya cikliyana tak setuju dia nak kahwin muda tapi..dah siap ke dia nak hadapi alam rumahtangga ? Kalau tanya cikliyana sendiri pon, cikliyana belum 50% siap sedia nak kahwin kalau takde kerja tetap. Nak kahwin dah tentu nak pakai banyak duit sebelum & selepas kahwin kan, at least kalau pasangan dah ada kerja tetap kurang sikitlah beban. 

Kawan cikliyana ni baru awal 20an & kahwin sebab nak elakkan maksiat, daripada duk ke hulu ke hilir tanpa ikatan sah baik dia kahwin. Tak lama lagi semester baru dah bukak, dua-dua pon masuk belajar balik dengan status suami & isteri orang. Dengar macam best jek, muda-muda dah laku kan..tapi bersedia ke? Darah muda...takut nanti terpikat kat junior @ senior macamane? takkan nak cerai berai....sanggup susah senang bersama? Kita tau lah kan hidup sebagai pelajar nnih bukannya mewah sangat melainkan kau tuh anak orang kaya, sebelum duit loan masuk mesti nak kena ikat perut dulu, mintak duit maka bapak. Tapi kalau dah kahwin, takkan nak harapkan duit mak bapak lagi. Mestilah nak harapkan suami..

Apapun, keluarga masing-masing dah setuju. Cikliyana ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Pandai-pandailah berjimat untuk menyara isteri. Keluarga pon mainkan lah peranan penting juga, kalau boleh..fahamilah dan bantu anak kita tu sikit2 dari segi kewangan. Tak perlu banyak pun, bukannya nak tanggung sepuluh orang. Hanya dua orang je. Jadi, kalau boleh sama-samalah tolong menolong ke jalan kebaikan ni. 


Nak kahwin muda tapi takut nak bagitahu mak ayah..cuba nih SURAT KEBENARAN KAHWIN MUDA.



Lupakah kita pada firman Allah ? :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” 
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)
***NAMA DIATAS HANYALAH SEKADAR CONTOH SAHAJA..TIADA KAITAN ANTARA HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA*** 

7 comments:

makcek bukan nenek said...

setuju (:
kahwen muda kna banyak berkorban .
heheh

Sky Before Pinky said...

kawen muda best... cam kat atas tu..wah!! muda2 dah laku.. hehe.. sudah bersediakah... erm..dah pk panjang ke?? huhu.. banyak lagi kot nak PK..

nice entry

cik tipikal said...

emm.. mak tak kasi nak kahwin sebab alasan masih muda. macam mana nak dapatkan kebenaran ni? bagus lah parents dorang kasi kahein kan?

Fifyjammieasbim said...

wah kawen muda :) hihi mcm best tapi mesti pergerakan pon terbatas kn ? huhu

Asyraf Kamarul said...

nak kawen muda jgk la mcm ni gna duit loan....
huhu

suha said...

nak kawen(^_^)
erk tp xde org nak lalala

zetty said...

nak nikah+kawen xsusah,but pastikan kita betul2 ready nak galas tggjawab lepas kawin tu..semoga kawan anda berbahagia n menjadi pasangan yg soleh n solehah :)) teringat sorg kwn pnh wat status kat fb die like a short story like this :

-1st story
anak: mak, nikah ketika muda lebih baikkan?

mak:dah-dah jangan gatal nak nikah"

-2nd story"
anak: mak, nak keluar dengan awek

mak: ok, jangan balik lambat"

[Apabila yang halal dikatakan gatal, yang zina dibenarkan]..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...