Wednesday, May 19, 2010

JANGAN TOLEH BELAKANG RUMPUT

~ihsan p0kcik g00gle~

Ya saya memang seorang yang ego, mengaku lagi senang dari tunggu orang wat tafsiran.  Bulan ni jek dah 3orang cakap "awak ego". OK...fine, saya ego sebab nak yang terbaek. it doesn't mean that i can't accpet ur love tapi memang hati taknak. Saya belajar dari kisah2 lalu...dari kisah lalu kita jadi kuat!! So, impactnya..skrang bila someone nak dekat...da jadi cepat gelabah and pelan2 undur diri. Some might say that " u ingat ex-boy ke"..jawapannya TIDAK!!! MY ex is my previous life...so dah xleh undur kan...even now dah jadi kawan baik pon.Sape cakap ex-boy takleh jadi bestfrenz..boleh jek..yang penting jangan duk sebok2 nak ungkit2 hal lalu. Dah memang takde jodoh nak wat camne kan. Rujukk???? ohhh soryy...no pintu2 for u ok..teman tapi mesra boleh. Ada yang tanya best ke kawan baik ngan bekas capel tuh....ala biasa jek..dengan dia u all leh gelak besar2 (hahaha takmalu kan), boleh share2 cite ado orang nak ngorat, semua lahh tapi plezz jangan bukak soal hati k. Saya senang ngan dia...lepas borak jek senyum mesti sampai esok pagi. HAPPY!! "thanks to you for the mms...so sweet ada lagu2 lg" 0k sya akan cuba cari rumput yang terbaek...dan takkan toleh belakang.


Pada suatu pagi, di satu sekolah menengah, ada seorang Cik Liyana bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog antara Cik Liyana dan guru tersebut berbunyi begini.
Cik Liyana:
Cikgu Opik, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu Opik:
Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Cik Liyana: 
Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu Opik: 
Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Cik Liyana tersebut melakukan seperti apa yang disuruh gurunya. . Apabila Cik Liyana tersebut pulang semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka Cikgu Opik pun bertanya kepada Cik Liyana tersebut.
Cikgu Opik: 
Mana rumput yang Cikgu Opik suruh petik? (dalam keadaan marah)
Cik Liyana: 
Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi Cikgu Opik kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya sebelum itu, tapi dah Cikgu Opik cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 

Cikgu Opik: 
Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

2 comments:

Anonymous said...

sy pernah jumpa rumput yg paling cantik n paling bagus wat dri sy stu ms dahulu... tp sayangnye rumput tu bukan lah yg terbaek wat sy... lalu akhirnye sy kuburkan ia bersama rumput2 yg lain...(bukn sy xleh trus kekal bersama die but die telah wat sesuatu yg xdpat dimaafkan oleh ati kecil sy tika itu, sume pempuan xske bermadu tnpa ada alasan yg kukuh.. btul x?)

tp sy xputus asa, lepas dr peristiwa itu sy mencr lg rumput yg paling cantik, paling terbaek tuk sy tanpa menoleh kebelakang pun.. alhamdulillah, sy dpt... n sy bhgia dgn die sampai skrg..

jd sy harap cik liyana pun akan berjumpa ngan rumput baru yg terbaek tuk cik liyana... berusaha dptkan yg terbaek tuk dri sendiri agar di ms hadapan kte tidak pernah akan sesali ngan keputusan kte...

semoga berjaya cik liyana! ;)


ps; maaf sy terlebih2 pule.. sy ske ngan kisah2 cik liyana.. just teringin sama2 berkongsi kisah sedih n gembira sy ngan cik liyana... hope u don't mind..

Cik Liyana said...

tqvm.. betul tiada perempuan yang sanggup dimadukan. ye saya sedang mencari rumput yang paling cantik tapi cantik bagi kita tidak bagi org laen. kn? mungkin rumput tu ada di sekeliling saya, tapi saya masih belum ada kekuatan untuk menariknya..mungkian ya saya ego sebab takut untuk terima kenyataan. tapi itu lah yang sebenarnya, saya takut untuk dikecewakan lagi.

sis, plez leave ur name next time ek.. selamat berkawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...