Thursday, December 09, 2010

Jodoh ketentuan di tangan Tuhan

"Eh..orang cakap kalau muka seiras..jodoh kekal lama"
"jangan bagi baju@ kain nanti cepat putus"
"jodoh ada dimana-mana ..kau tu jek yang taknak..memilih sangat kot!"



Cakap pasal jodoh nih, macam-macam andaian kita boleh buat kan? Mula-mula mesti kita fikir kenapa pasangan tu putus, sebab lelaki tu ke @ sebab perempuan tu. Kalau pasangan tu cantik@ hensem sikit mesti dikaitkan dengan curang, main kayu 3 sampai boleh putus...kan..kan.. Bila dah putus lain cerita plop, pasangan ni memang tak boleh jadi kawan 
baik...tapi sape yang cakap macam tuh kalau tak diri sendiri? Rasanya kalau putus cara baik, mesti boleh kan..kalau dah pasangan kau tuh jahat sampai nak bunuh rogol kau..baik jangan kawan ! 

Ingat lagi cerita SYURGA CINTA @ EPILOG SYURGA CINTA ? mesti korang ingat ayat ni kan..



Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut 


kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Nak dapatkan jodoh yang terakhir tu agak susah kan..sebab kita mungkin akan lalui jodoh yang pertama @yang kedua sebelum ke jodoh yang ketiga. Jodoh yang pertama tak semestinya korang buat maksiat...dah tulis kan..pegang tangan pun masuk dalam kategori jodoh dari syaitan.


“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Benda ni selalu sangat kita dengar bila orang nak pujuk-pujuk kita kecewa sebab cinta kan. Ikutkan hati cikliyana ni, dah jemu kot dengar orang cakap ayat tuh..sampai kadang-kadang terpikir..kalau macam tuh takpayah bercinta lah..sebab kita tak tahu pon dia jodoh kita atau tak lagi kan. Tapi kalau kita tak berusaha, jodoh datang bergolek ke? tentulah tak kan. Biasalah adat hidup..ada jatuh ada bangun..ada yang kekal ada yang tak. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. 




Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan.  Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.

1 comment:

Aida Azryn said...

jgn percaya sgt andaian tu.. jodoh tu Tuhan yang tentukan.. Dah kalau bukan itu jodohkan utk kita.. maybe ada hikmah disebaliknya..
yang pasti bukan dsebabkan andaian tu.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...