Tuesday, November 09, 2010

Cantik & Sihat : Mandi Garam

Senang jek nak cantik nih. Guna barang-barang dalam rumah jek, tak perlu nak gi salon. kalau ada laki kat umah tuh hah suruh lah laki tolong spa-spa kan diri. Biasakanlah diri tuh mandi sekurangnya 2 kali sehari kalau sibuk..pagi sekali malam sekali. Tapi kalau hujung minggu tuh, mandilah banyak sikit...pagi tengahari , petang dan malam! Baru lah kulit tuh tak dahaga! Hah?? kulit pon reti ke nak dahaga???? 


Masa mandi tuh, amik lah garam halus tonyoh-tonyoh kat daki tuh. Jimat duit nak beli skrub. Tapi ingat GARAM HALUS bukan KASAR tau!!! kalau kasar kan abih calar kulit tuh...hahahhahaha!!



Apa itu mandi garam?

Seseorang itu digalakkan untuk mandi sebanyak dua kali sehari untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada tubuh. Ketika mandi, peranan krim mandi atau sabun amat penting kerana ia bukan sekadar meninggalkan bau harum pada tubuh, bahkan berperanan untuk membuang daki yang ada pada tubuh setelah seharian bergerak aktif di luar rumah.
Ia bukanlah fenomena pelik sekiranya anda melihat banyak spa dan pusat kecantikan yang menawarkan ritual mandian di tempat mereka. Dengan perkembangan dan ilmu pengetahuan tentang kecantikan, terciptalah pelbagai bentuk mandian. Antara rawatan mandian yang ditawarkan adalah seperti berendam di dalam tab mandi. Air yang digunakan ketika berendam juga bukanlah air biasa. Air akan dicampurkan dengan serbuk perawatan, susu, atau bunga-bungaan. Tujuan mandian di spa bukan sekadar untuk cantik tetapi menitik beratkan soal kesihatan tubuh juga. Seiring dengan perkembangan teknologi kecantikan, satu lagi bentuk ritual mandian telah dimodenkan. Ia dikenali sebagai mandian garam dan telah diamalkan oleh masyarakat dahulu kala. Teknik berendam pada zaman dahulu adalah dengan berendam di dalam air panas yang banyak mengandungi unsur garam atau natrium klorida, dan sulfur. Mandi dengan air garam akan membantu seseorang untuk menghilangkan kepenatan dan menjadikan tubuh segar kembali.

Sebuah buku yang menerangkan tentang kecantikan, 'Cosmeticology', garam mandian membawa maksud bahan aditif yang diperlukan tubuh. Ia terdiri daripada campuran beberapa bahan kimia anorganik mudah larut. Untuk tujuan kecantikan, bahan-bahan ini akan dicampurkan dengan pewarna dan minyak pati untuk keharuman berpanjangan. Mandian garam bertujuan untuk mengharumkan tubuh, mengembalikan kesegaran, dan penting untuk kesihatan. Jenis garam mandian pula adalah berdasarkan kepada komposisi bahannya. Ia mengandungi garam jenis anorganik, anorganik tambahan seperti minyak pati, pewarna, dan enzim.

Tentang garam!

Komponen utama garam mandian adalah garam-garam anorganik:
- Natrium karbonat
- Mono hidrat
- Natrium seskuikarbonat
- Natrium klorida


Natrium seskuikarbonat merupakan campuran garam anorganik yang paling banyak digunakan dalam pembuatan garam mandian. Sumber garam anorganik terdiri daripada bahan semula jadi dari lautan, salah satunya sumber dari laut mati yang banyak mengandungi sumber garam. Garam mandian yang sumber dari laut mati kaya dengan unsur kalsium, kalium, magnesium, besi, mangan, tembaga, dan zink. 


Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan
 RAPI 1 NOV 2010

2 comments:

Rara Farah said...

nak test ek....hehe...kot2 bhgn yg itam nieyh jdik putih....msti mak tnye garam hilang nnti...huhuh

Cik Liyana said...

hhahahahaah...tp igt tau bukan garam kasar! nk sedap lg letak kunyit sikit..nty jd farah goreng kunyit...heheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...