Wednesday, December 29, 2010

Lagi Perbezaan Kicap Cap Kipas Udang !!

Hai kicap pon nak tiru-tiru !! Kat sekolah dulu cikgu dah pesan kan, jangan meniru..jangan meniru..hah nilah akibatnya bila besar kicap pon nak tiruan ! HANYA KICAP BOTOL KECIL SAHAJA TIRUAN !


Ni antara perbezaan kicap cap kipas udang original & kicap cap kipas udang tiruan. Perhatikan betul-betul, biaralah ianya sekadar "ala..kicap jek pon" tapi kalau bahan & kandungan kicap diragui boleh menyebabkan kita menanggung kesakitan & kesengsaraan di masa hadapan takkan naya tuh. Nak ke ? cikliyana taknak so jom kita tengok apa bezanya...


Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami (ZARAFOOD) mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama  dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).




EHSAN DARI PIHAK ZARAFOODSTUFF

Sila perhatikan betul-betul , perbezaan antara yang original & tiruan . Kicap tiruan mengandungi pewarna & bahan pemekat yg kita tak tahu keselamatannya ke atas kesihatan kita . 

Antara yg menarik disini : KICAP CAP HANTU SEDAP TAPI BAHAYA

3 comments:

khayla fadwah said...

dr kecik smpai besar gne kicap cap kipas udang..
arinih bru taw ad tiruan..
tQ 4 sharing da info...=)

Shag said...

Nice sharing! :D

Kembang Perawan 3288 said...

tu la zaman sekarang Kicap pun nak kadik bisnezz haram dorg. mentang2 aku org kampong mkan nasik + kicap je kan...pandai2 la dorg wat cm gini huh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...