Wednesday, December 29, 2010

Pendapat Yg tak Matang & Menghina Orang !




Ish...apa nak jadi hah ? dah lah orang tuh sesat kita plop ikut sedap mulut bagi komen sesedap rasa. Komen yg tak bernas dan tak matang bagi seorang dewasa ! tadi cikgetah saja jek lah check Facebook , tengok ada satu status budak nih, dia komen pasal kejadian Sesat Dalam Hutan . Budak ni pon sesedap rasa memberi komen yg:




  • Orang lelaki tak patut sesat dalam hutam. MEMALUKAN !
  • Kalau nak masuk hutan BAWAK SEMUA BARANG YG PERLU (consider okeylah)
  • JANGAN NAK MAKAN MAKANAN MACAM KAT RUMAH. (tapi balas komen cakap takserupa bikin)




Cikgetah pon balas lah , cakap kat dia kalau nak sesat tak kira lelaki ke perempuan ke, kalau mulut celupar pon boleh sesat jugak. Tak semestinya dalam hutan jek boleh sesat atas jalan pon kalau tuhan nak gelapkan mata pon boleh sesat jugak . Kalau pasal makanan tuh, betul lah apa yg si mangsa sesat tuh bawak, roti , air & maggi , simple & senang sebab dia bukan pergi secara berombongan besar pon." . Cikgetah cakap pon berdasarkan pengalaman beberapa kali naik gunung. Memang kalau ikutkan salah si mangsa sesat tuh, pergi masuk hutan tanpa guide tapi WAJARKAH DI KOMEN BEGITU RUPA?



Hujah - hujah dibalas dengan cara tak matang & tak boleh terima teguran orang, siap perli lagi tuh. Dia &nkawan dia sama jek kan ? Kalau mulut celupar macam nih, boleh ke masuk hutan ? rasanya memang tak boleh. Jangan pandang rendah pada orang lain & berhati-hati memberi komen takut nantu ada yg terasa . Cikgetah tegur sebab kesilapan yg cikgetah rasa tak wajar budak ni lakukan..menghina atas kelemahan orang lain. 

Nak masuk hutan nih cikgetah ada panduan sikit, mungkin bukan secara profesional tapi mungkin boleh digunakan sebagai panduan bersama :

  1. mental & fizikal kena kuat 
  2. bawak bekalan ubatan & makanan secukupnya & semudahnya takperlu bawak barang @ bahan makanan yg menyusahkan kita untuk memasaknya. 
  3. Kalau tak cukup bahan kebulur nanti, seeloknya bawak makanan segera, makanan dalam tin, dan roti . jangan lupa bawak bekalan air minuman yg mencukupi .  
  4. Guna perkhidmatan guide atau pandu arah yg profesional kalau kita tak pernah naik gunung @ masuk hutan . 
  5. Bergerak dalam kumpulan, jangan berpecah kalau masing-masing tidak arif pasal hutan . Ini memudahkan pencarian jika sesat.
  6. Jika sesat , seeloknya cari arah ke sungai atau punca air , mungkin ada kawasan orang asli yg boleh bagi bantuan .
  7. Maklumkan kepada pihak tertentu, pihak polis & penjaga hutan (ranger hutan) sebelum masuk ke hutan . 
  8. YANG PENTING ADALAH PENGALAMAN ! CARI ORANG YG BERPENGALAMAN SEBAGAI GUIDE ANDA !




APA KATA KORANG ? BETUL KE PENDAPAT CIK GETAH ? @ KORANG RASA BUDAK TUH BETUL ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...