Wednesday, December 22, 2010

Berita : Bayi Koma Dicampak Bapa !

Ya Allah apa  lah nasib budak kecik yg tak tahu apa tuh! Gila...gila..gila bapak dia ! Lagi sakit hati , mana ibu mangsa masa kejadian tuh berlaku, sedar-sedar panik sebab anak dah tak bergerak! Takde naluri seorang ibu ke? Tolonglah hentikan keganasan kanak-kanak ! Kanak - kanak tak mampu nak terima kesakitan macam orang dewasa ! Mereka tak kuat !

Sakit hati cikliyana bila baca berita hari ni, seorang bayi lelaki dicampak hingga menyebabkannya koma oleh BAPA SENDIRI !!! Panas baran kau tu tak bertempat lah jantan! Budak tu tak tahu apa pun..biasa lah budak kecik menangis sebab hanya tu jek yg dorang tahu nak buat untuk bagitahu mereka ni lapar, pampers dah penuh & sakit !  Kalau macam ni lah, baik takpayah kahwin lah, susah susah bini tu mengandung sembilan bulan senang-senang jek bapak buang! Orang lain yg belum ada rezeki nak dapat anak tu sanggup berhabis duit semata - mata nak dapat zuriat tapi kau! 


MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.
Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.


Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.

“Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.


Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.


“Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM,” katanya.




Si bapak harus dirujuk ke pakar sakit jiwa ! Malaysia kena pinda akta baru biar orang sakit jiwa yg menyebabkan kematian juga harus dihukum seperti pesalah yg waras ! Semoga dapat balas setimpal dunia & akhirat !

6 comments:

eB ezrin said...

tidakkkkkkkkkkkkk.... menagis eB baca... naper kejam sgt... kalo x mo bagi jer kat aku... aku bela... *&^#$%$*& betol la

Aesya Zealous said...

fuh! ganas tul bapak die.. kdg2 lekaki ni tak tahan gak dgr budak naingis tak henti2,,huhu

Miss Izah Mohamed said...

bila perasaan amarah takleh kntrol camtu la jadinya.. dirasuk setan!

Miss PIJAOSIX said...

memang mental bapak die nih..
atas lasan tak tahan dengar budak tu menangis..dah name pun budak...!!! gampang tol bapak die nih...

sorry yang..akak emosi sikit..hehee

Rina Rossoneri said...

skrg ramai lelaki panas baran

Mun said...

sangat kejam!! sedih baca ttg hal tu.. huhu... anak kecil yg xtau pape menjadi mangsa kekejaman... huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...