Monday, December 06, 2010

Berita : 30 Gay Bogel Terkedu Diserbu

Salam semua, 


Nampaknya kegiatan tak bermoral ni bertambah-tambah teruk kan, tak tahu la apa nak jadi dengan generasi masa depan nanti macam mana kan. Sangat kecewa tengok berita hari ni, golongan gay berlambak-lambak macam "3 barang sepuloh jek bang" kan..Wahai golongan yang dilaknat Allah ,insaflah kamu sebelum terlambat. Kejadian berlaku di Bandar Hilir Melaka, & ada diantara yang tertangkap tu mat saleh..mesti dia ingat Malaysia ni pusat gay kan? Adeh, tahun-tahun depan Hub-hiburan & pendidikan seks awal bakal dibangunkan.. makin banyak lah gejala sosial yang berlaku. Sama-samalah kita menjaga keharmonian Islam & nama Negara serta bangsa kita di mata dunia. 




MELAKA – Keghairahan sekumpulan 30 gay bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi di sini kelmarin.

Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.
Pengarah (BPPA) Shahdan Othman berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.
“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...