Monday, December 06, 2010

Berita : Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh

Gempar !!

Masjid Al-Aqsa bakal runtuh! Masjid Al-Aqsa  adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.


Dome Of Rock @ Masjid Kubah Emas yang didakwa sebagai Masjid Al-Aqsa.

TAPI SALAH
Ini adalah Masjid Al-Aqsa yang sebenar berkubah hijau !


BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt Newspada Jumaat lalu.
Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.
Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.
Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.
Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi

Semoga Allah melindungi Masjid Al-aqsa. Informasi dari Wikipedia & Kosmo

2 comments:

nazirulhazwan~ said...

insyaAllah Allah akn pelihara masjidilaqsa.

Tomato Gurl's Life said...

semoga Allah lindungi masjid al-aqsa...

sori lmbt bls soalan liyana sbb cik tom offline minggu lepas..erm ada byk sgt ke h2{??cuba liyana cari coding h2{ yang seakan2/mirip coding yang cik tom tunjuk tue..jumpa x??cuba dl ye..kl xdpt jgk bgth cik tom..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...