Wednesday, December 01, 2010

AWAS KELANTAN BAKAL DI LANDA BANJIR KILAT !!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK PANTAI TIMUR TERUTAMANYA KELANTAN
BANJIR KILAT AKAN BERLAKU BILA-BILA MASA SAHAJA ! SIAP SEDIA UNTUK BERPINDAH JIKA KAWASAN ANDA BERPOTENSI UNTUK DINAIKI AIR.


~gambar hiasan~

Bagi yang duk kat kawasan kelantan nih, mesti terkedu kan baca amaran di atas, sangat takut, & sangat bimbang. Serius, cikliyana memang bimbang sangat sebab kawasan rumah cikliyana ni memang mudah sangat nak naik air, walaupon tak dalam sangat tapi bahagian dapur basah tuh, ada lah tenggelam kat paras buku lali kaki ! Bayang sikit jek air kan, tapi kalau kena mesin basuh semua, peti ais lagi..rosak lah wey!

Hari ni saja, tak berhenti hujan dari pagi tadi..eh dari malam semalam. Hujan kejap renyai kejap lebat, tapi tak lah lebat macam yang banjir tempoh hari tuh sampaikan semua orang tak boleh tidur & bayangkan banjir besar akan melanda Kelantan sekali lagi! 

Dah la, mulai hari jumaat sampai isnin nih, family cikliyana & mama abah semua takdop..huhuuhu papa umi & adik pergi Penang bercuti sambil hantar barang adik cikliyana yg duk belajar kat sana, mama & abah plop pergi KL ada appoinment dengan dokter kat sana sambil makan angin umah anak-anak. Bukan senang nak suruh mama tinggalkan rumah, sebab mama sakit lutut, memang dia taksuka menyusahkan org kena pimpim dia masa jalan-jalan. Eh...mama & abah tuh atuk & nenek cikliyana yer. nanti cikliyana tinggal ngan bibik jek dia orang..pagi ajak bibik kemas & santai kat rumah sendiri, malam balik tidur kat rumah mama. 

Ni cikliyana nak bagi tips menghadapi banjir (waktu sekarang ni lah):

  1. Dengar pengumaman radio dari semasa ke semasa tentang keadaan banjir  di kawasan anda.
  2. Penuhkan tong bekas air di rumah dengan air bersih.  Semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  3. Letakkan perabot atau perkakas di tempat tinggi.
  4. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  5. Bersedia untuk menutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan tong gas.
  6. Pesan pada jiran anda untuk mengambil tindakan yang sama.


Bagi pemandu kereta , sila ambil perhatian tentang ini :

  1. Jangan mengharungi kawasan banjir untuk balik ke rumah atau ke mana-mana.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia di situ.  Pergi ke tempat yang selamat dan dapatkan bantuan.

    Sumber informasi : PDRM 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...