Wednesday, December 01, 2010

Ngepek Getah : Gomen @ Private ?


Hai semua, Guten Morgen! Best tak tidor semalam hujan-sejuk perghh nikmatlah sampai mimpi kena serang ngan askar jepun..eceh! Okey, dah tengok tajuk kan, tu bukan dilema cikliyana tapi salah sorang dari kawan cikliyana punya dilema. Dia tak tahu nak pillih yang mana, tapi bagi cikliyana lagi bagus kalau dia pilih kerja dengan kerajaan dari swasta. Sebab?


  1. Nanti esok-esok bila dah kawin nak mintak tukar ikut suami 80% lulus.
  2. Dapat loan itu, loan ini..umur 40 dah boleh buat rumah @ rumah dah siap sebijik. [kalau mula kerja umur 20an]
  3. Kerja kerajaan goyang kaki, kurang sibuk sebab nanti dah ada anak, kau sanggup lagi ke nak bersibuk-sibuk sedangkan anak & laki adakat rumah santai-santai.
  4. Banyak faedah dari kerajaan terutama kalau pikir masa depan-depan..simpanan ke haji, pencen, & pelajaran anak-anak.

Okey, bukan cikliyana kata kerja swasta tak bagus. Tapi concept dia "You Work More , You Get More"  tu termasuk masa kerja korang yang dipanjangkan termasuk cuti sabtu ahad. Gaji memang tak boleh kita pertikai lah kan, kadang-kadang berganda dari kerja kerajaan. Dari segi benefit, mungkin hanya dari simpanan gaji beribu-duit sendirik. Tambah kalau jiwa muda, tentu-tentu bila nampak gaji beribu, nak pakai kereta mewah, pakai baju , beg , kasut berjenama, pakai kad kredit kan..tapi takpe tu duit korang & korang memang patut belanjakan duit tuh setelah penat bagi nak pengsan kerja. 

Tu pendapat cikliyana sebab kawan tuh sekarang dia dah dapat kerja kerajaan, tapi dia nak quit sebab tempat kerja lama (SWASTA) panggil balik & tawarkan kenaikan gaji [up to RM2k++] sedangkan gaji di kerajaan sekarang hanya RM1k++. Dan bakal suami dia kerja kerajaan di Sabah, & bekerja dengan kerajaan, & yang penting tak tahu pasal dilema dia nih.[gadis nih kerja di semenanjung].

Apa pendapat korang, setuju dengan cikliyana? Atau korang rasa cikliyana salah?

2 comments:

ibuintan said...

salam... yang penting apa yg diutamakan dan dicari dalam kehidupannya... letak target dulu... wang atau family

hanis said...

prefer keje swasta.. tapi cari swasta yang listed dan secured la. contoh bank islam. since saya keje bank islam, bonus tahunan konpem 4 bulan setahun. alhamdulillah, keje sabtu ahad cuma bila ada big project saja. nak minta tukar ke branch, ikut suami, sennag lulus. benefit, kalau buat financing rumah, staff dapat rate yang amat2 rendah. personal financing, jgn ckp la sennag nya nak dapat. ptng epf, yes 11% dr gaji, tapi bank bagi pulak 18%. kalau gaji 2.8k, potong rm300,bank bg dekat rm500.. byk kan? kalau bonus pun bank stil bg employer potion. end of 55, got more than 1 mill in account. pasal umah, jgn risau, masih boleh beli rumah melalui epf. gomen bagus kalau mahu statik............. family saya semua gomen, saya dna adik je keje bank. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...