Thursday, January 13, 2011

KFC , McD & Pizza Hut dalam Satu Restoran Jek ! Bestnya !

Wahhh..best kan kalau semuanya dalam satu kedai ..heheh segalanya mungkin tercapai di Muzdalfa Fried Chicken. Kedai ni terletak kat tengah-tengah bandar Kota Bharu jek...kat lain tak tahu lah ada ke tak. Konsep kedai lebih kurang francais makanan segera KFC jek..contohnya warna tema  Muzdalfa Fried Chicken pon guna merah putih sama macam KFC. Muzdalfa ni milik orang tempatan & melayu yg semestinya halal tanpa diragui !


Yang bezanya..makanan disini dijual harganya berpatutan & rasanya boleh tahan ! Yang penting tiada cukai dikenakan ! Yeah ! Ada pizza , ada fried chicken & ada burger..konsep sama macam pizza hut, KFC & McD . Tadi masa cikgetah pergi dalam pukul 11pagi takde orang pon, ingatkan memang takde sambutan. Bayangkan pukul 11 tu cikgetah sorang jek, siap serve air lagi masa nak tunggu pizza yg cikgetah order tuh siap. Kira okeylah tuh, takde lah boring sangat nak tunggu order siap kan..good services!! Cikgetah order Pizza Chicken Pepperoni Regular harga cuma RM16.50 jek..murahkan ! Rasanya pon boleh tahan cuma masin sikit jek.




Petang tuh, pergi lagi sekali sebab adik cikgetah nak makan pizza lagi, kali ni order Pizza Chicken Fajita Medium harganya Rm18.90 jek ! Tapi kan masa pergi petang tadi dalam pukul 2petang, sekali amik kau ramai giler orang ! Ada sambutan jugak rupanya! Baguslah bisnes orang melayu ni kan kurang berjaya sikit..sebab ehmm..macam-macamlah tapi yang ni memang best & harapan cikgetah MFC terus maju & boleh buka franchise diserata dunia setanding dengan Restoran Makanan Segera matsaleh! 




Yg berkunjung ke Kota Bharu tu boleh lah cuba MFC yer !

15 comments:

bungakuning . said...

eh , ada tengok hari tuu .. tapi belum kesempatan nak try lagi :)
nanti balik kb nak g lah .. hihi

_luVy*dUcky_ said...

bestnye!

♥cik fyza ♥ said...

hamboi~ cam bez je...nak try gak...hihi ^^,

farasakura said...

wushhh nak suruh kawan bawak balek u jugak laaa.
heeeee

Nadya said...

Yeahh..sama² support bisnes orang melayu kita ;)

tehateha said...

craviiinggggggggg......walaupon KT-KB dkt jekk....tade sape nk bwk...huhuk..

||aLeaSaRa|| said...

alah kat sepang takde...dari buka fast food omputeh kat klia baik buka melayu punya..sedapnyer..nak dtg sana tapi jauhhhhhh...huhu

MJ said...

mcm best jek..hope mfc bkk byk cawangan..nk rase jugak..hehe..

aleen aiden said...

tggu die bukak 1 kat pahang nnt alin support eyh.hu3

Nasuha Salleh said...

Hrp2 ade cawangan buka kt KL
ngeh3

p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup

Miss Fadhilah said...

hai cikgetah..salam kenal
MFC ni francais dr pakistan la...heheheh

Miss Fadhilah said...

nasuha_end of this march kalau x silap owner dia ckap nk bukak kt bandar baru bangi...bgunan pkns tepi mcd 2...
n satu lg cwangan kt kubang kerian depan mydin...ehehehhe

Cik Liyana said...

ohh..yeke..thanks fadilah... ! silap info lahkawan-kawan..sorry yer.. by the way mane u tahu?

Miss Fadhilah said...

hikhik...owner dia kwan sy..kwan pon x dey lg nk g try kt mfc bz sokmo..ore kelate jgak key?kecek kelate jela..hahahah
sedap x pizza n ayam dia?

Cik Liyana said...

oh..yoko..bestlah jugak..cuma pizza chicken pperoni tuh masin sikit jek..lagi satu pelik sikit..masa cikgetah gi pukul 11 tuh..dapat tisu=sos+garam..ala adds utk pizza..tapi bila pergi ptg tuh tak dapat la plop...maybe dorang lupa kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...