Monday, November 15, 2010

Berita : Buang Bayi dalam Kotak



GEORGETOWN: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, malam kelmarin.


Perbuatan keji itu diketahui selepas orang awam menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat dan diletakkan dalam kotak air minuman bersaiz 37 sentimeter x 25 sentimeter. 


Individu yang menemui mayat bayi berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan polis menemui bayi berkenaan yang cukup sifat itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bayi seberat 2.7 kilogram (kg) ditemui jam 10.15 malam di tepi penjuru Pangsapuri Sri Pelangi, Jalan Sungai dan dipercayai baru dilahirkan.




Takde guna seorang jadi seorang Ibu kalau anak yang dikendong dalam perut selama 9bulan dibuang macam sampah! tak penat ke kau kendong anak tuh, bersusah-berpenat lelah, sakit belakang tu tak masuk bab alahan lagi! Walaupon cikliyana ni tak kahwin lagi, tetap ada naluri ke-ibu-an tau! Bila maksiat bermaharajalela ginilah jadinya. Pantau lah anak-anak, adik-adik, keluarga agar kita tak termasuk dalam golongan sebegini. Amin.
Berita Penuh : Metro 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...