Sunday, June 05, 2011

Cinta Si Panas Baran Cinta Kekal

Salam semua, 

Betul ke cinta si panas baran ni cinta kekal macam yang kita baca kat dalam novel Andai Itu Takdirnya tu benar-benar wujud? Susah nak percaya kan..Persoalannya sanggup ke kita dicerca di maki hamun di sepak di pukul sebelum cinta itu menjadi cinta kekal? Kalau tanya cik getah, rasanya cikgetah tak sanggup walau sesaat.

Ni dari kisah sebenar la, pengalaman yang sedang di alami oleh kawan cikgetah. Ceritera cinta dia hampir serupa dengan kisah novel tersebut. Dia datang dari keluarga yang sederhana dan bukan dari kalangan Sharifah. Yang si lelaki plop dari keluarga yang agak berada dan berketurunan Syed Sharifaah. Dorang bercinta dah hampir 5 tahun, dan dalam masa-masa tuh banyak sangat halangan secara sengaja dan tak sengaja. Si perempuan ni asalnya budak yang pandai tapi sanggup mempersiakan masa depan demi si Syed nih. Agak bodohlah bagi cikgetah bila seorang perempuan sanggup gadaikan masa depannya demi seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Bukan setakat masa depan malah maruah turut tergadai..Ya Allah ampunkan lah dosanya. Sehinggalah sekarang si perempuan ni menghidap Kanser Rahim akibat kesilapan silam.

Dari mata kasar cikgetah, si Syed ni nampak normal tapi siapa sangka yang lelaki yang nampak baik dan sopan depan kita ni seorang kaki pukul. Dah berapa kali si perempuan ni datang kat cikgetah dalam keadaan lebam sana sini..sampai nak patah-patah tulang dikerjakan si Syed nih. Kalau ikutkan hati cikgetah nih masa tuh nak jek heret si perempuan ni buat report polis!!! Geram sangat tapi si perempuan ni la plop taknaknya!! kenalah hormat keputusan dia. 

Sekarang ni, si Syed ni nak dijodohkan dengan si Sharifah pilihan keluarga. Disebabkan sayangkan keluarga dan diberi pilihan yang tetap untuk pilih keluarga, maka si Syed ni setuju dan sanggup melukakan hati si kekasih hati dengan segala cara termasuklah memukul dan bermesra dengan perempuan lain depan mata si kekasih hati. 

Yang jadi persoalannya, masih ada lagi ke cinta untuk mereka? Kita tak tahu kalau orang yang kita sangat benci sekarang mungkin jodoh kita di masa hadapan atau Allah sengaja menduga segala halangan dan akhirnya jodoh si Syed tetap dengan si kekasih hatinya.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

2 comments:

Invisible Me said...

hanya Allah saja yang tahu.

Mak Wardah said...

Hahaha...good post & ideas. Auntie like yr blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...