Sunday, February 13, 2011

Cerekarama Ampunkan Daku JS Pictures TERBAEK !


Ya, Allah anak itu tidak berdosa yang berdosa adalah ibu & bapanya. Kesian bila tengok anak yang tak berdosa dibuang sesuka hati ! Petikan dalam cerekarama nih... "Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika di toreh tidak dapat dilihat perbezaannya


Cerekarama Ampunkan Daku  adalah sebuah kisah bagaimana, Latifah seorang anak luar nikah membuka KEWAJA bagi melindungi anak gadis yang bermasalah dan  ibu muda yang mengandung luar nikah yg  berhadapan dengan tekanan. Ia menceritakan sekumpulan mereka yang diberikan perlindungan di Kewaja menghitung masa depan yang tidak menentu sama ada diri mereka atau anak bakal dilahirkan.


Memang tabik dengan Sheila Rusly & Jinggo, dorang tak macam pengarah filem & drama yang lain yang sebuk nak tayang tubuh pelakon & sebok nak tonjol masalah sosial remaja tapi apa yg kita dapat hanyalah kelancangan dialog dalam filem tuh, tanpa ada apa-apa pengajaran!



KEWAJA bersedia membantu gadis dan wanita yang bermasalah. Terutama mereka yang menghadapi masalah pribadi yang serius akibat pergaulan yang terlampau atau terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral. Kami MENYELAMAT - MELINDUNGI - MEMBIMBING - MEMULIHKAN mereka yang benar-benar ingin berubah dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Jangan ragu dan malu. Hubungi Kem Modal Insan Kewaja. Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami: Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan. Tel: 019-9886884 - 24 Jam.




Ternyata semua drama terbitan JS Pictures ada pengajaran yang tersendiri, semuanya berkualiti dan bukannya sampah dan perlu disekat-sekat. Pengarah patut belajar dari mereka. Contohnya drama ijtihad sebelum dia pakai tudung pon, dah beri impak besar bila pengarah cuba tampilkan penindasan wanita dan isteri yang teraniaya. Memang Sheila ni boleh jadi IKON WANITA !


Yang geramnya, memang ada makcik-makcik atau orang yang sebuk nak jaga tepi kain badan kebajikan sedangkan mereka tak sedar yang anak mereka pon berpotensi besar untuk terjebak dengan masalah sosial macam nih. 



Pelakon muda cuba diketengahkan Sheila dalam drama ini adalah Noor Melia Aimiellia Zaidi memegang watak Aisyah, Falisha Crossley (Damia), Siti Zahera Azhar (Zack), Nurfarahin Othman (Era) dan Zulyda Fatihah Che Onar (Tuti). Tidak ketinggalan pelakon remaja sedang mencipta nama Erin Malek melakonkan watak Khalisah anak kepada Latifah.



Memperoleh idea menerusi berita disiarkan pihak media membabitkan kes pembuangan dan pembunuhan bayi sedang berleluasa sekarang, Sheila mengharapkan Ampunkan Daku akan memberi sedikit pengajaran kepada orang ramai, terutama mereka yang suka menghukum menyebabkan kebanyakan daripada ibu muda ini hilang perhitungan lalu mengambil jalan mudah dengan membunuh bayi di kandung.
credit : hmetro


JANGAN SEBUK JAGA TEPI KAIN ORANG KALAU DIRI SENDIRI TAK TERJAGA.
JANGAN HALANG ORANG BERBUAT KEBAIKAN KALAU DIRI SENDIRI TIDAK MAMPU
SAHAM AKHIRAT LAGI BERRNILAH DARI SAHAM DI DUNIA
 
SEMOGA KARYA-KARYA JS PICTURES BOLEH MENGUBAH PERSEPSI DRAMA MELAYU KEARAH LEBIH BAGUS DAN BERGUNA

2 comments:

Cikbeyla Nabiella said...

suke gak!
sobsobsob,mnges beb tgk cite tu.
:p

Anonymous said...

best sgt cita ni!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...