Saya mimpi ular mesti saya nak bertunang kan ? Ohh...bahagianya!! Nanti nak buat style macamane ek?? majlis nak buat kat rumah ke kat dewan ? nak buat kaler ape ek hantaran? barang-barang dah kena start beli nih...yer kena buat senarai !
Opss......salah yer ! Mimpi ular tak bermaksud kita nak bertunang ! Tapi lebih kepada sihir!! Jadi jangan berangan yer...mimpi ular dikaitkan dengan sihir kerana ular memang kita tahu menjadi bahan pemuja masyarakat hindu. Jadi kalau anda bermimpi ular..hati-hati kerana mungkin ada yang nak rosakkan hidup anda.
Ni cikgetah kongsi, tadi tengok rancangan wanita hari ini (WHI) , tajuk perbincangan hari ni adalah "tafsiran mimpi" . Macam-macam info kita dapat...bukan setakat rancangan untuk wanita saja yer..yg lelaki pon boleh tengok. Kalau kita mimpi air, ia sering dikaitkan dengan rezeki tapi bergantung kepada warna & sifat air tuh.
Tapi yg menakutkan adalah..bila kita bermimpi sesuatu yg indah seperti melahirkan anak, menyusukan & mengandung tapi tuh adalah salah satu maksud kita sebenarnya telah disihir atau mempunyai saka...huhuuhuhu ! Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah S.W.T agar Allah melindungi kita dari sebarang malapetaka ! Mimpi tu memang mainan tidur tapi disebalik mungkin ada maksud apa-apa..kita kena rujuk Al-Quran.
TANDA-TANDA GANGGUAN JIN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
- Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
- Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
- Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
- Mimpi buruk yang menakutkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
- Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
- Mimpi melihat makhluk halus.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
- Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
- Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
nak tahu lebih lanjut pendapat kawan-kawan yg lain sila ke : Facebook WHI & http://darulruqiyyah.blogspot.com/
6 comments:
Salam...Wah! Selamat Bertunang! Mimpi Ulau Besau Ke Kechik...Hehehe...Kalau Ukau Besau Dapat Anak Raja Kot...Hehehehe
setujuuuu !
dulu mmg igt pasal tunang kawen ape menda tu la kan. last2 ibu cakap ada ustaz ni ckap dia lebih kpd sihir .
seram kott sbb penah mimpi .huuu
cik getah akak pun pernah mimpi pregnant & bersalin. aduhai.. akak tak tau maksud mimpu tu
Wahhh~ Takutnya! Habis macam mana dgn mimpi Shag?
Tahu tak, tahu tak? KFCM dan Elia KAHWIN ??!!
@linrosly : aiyaaakkk....xtunang lah...hhuhuhu
@makcek : hah baru kita tahu kn..dulu igt mimpi ular jek mst ada org msuk minang,...hampeh !
@lekit : uhmm..tandanya...jumpalah ustaz2 yg bertauliah.
@shaq: tu mimpi gatai...hehehe
err...cuak gak baca petanda2 tu yek...hehehee...
Post a Comment