Tuesday, January 11, 2011

Gosip Getah : Drama Sheila Rusly Dihentikan Tayangan di TV3 !!


Drama bersiri Sakti Delima ni, Kak Sheila  menampilkan 6 artis wanita yang betul-betul bertudung. Mereka adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim serta Sheila Rusly. Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. 


Sapa tengok citer nih? Angkat tangan cepat! Cikgetah tengok lah jugak cerita nih sambil tunggu adik balik sekolah. Petang kelmarin duk tunggu-tunggu jugak tayang kat TV3 setiap 4.00ptg bagi Slot Lagenda tapi hampeh cerita "Akukah Tanggang" yg duk main. Uhmm ingat kan tukar siaran pukul 5.30ptg..tunggu lagi..hampeh !!

Tetiba bacapaper Metro hari ni, baru tau kenapa ..rupanya pihak LPF (Lembaga Penapisan Filem Malaysia) mengarahkan supaya siaran drama Sakti Delima dihentikan serta merta !! Kesian kak Sheila & Abg Jinggo! Kata pihak LPF, drama tersebut ada unsur syirik & tahyul yg boleh memesongkan akidah para penonton. Tapi dimana pesongnya? adakah sebab kalung sakti delima yg dikata sangat magic tuh???? Uhm apa pon tabah lah kak Sheila yer, & pihak LPF patut lebih fokus pada filem & drama yg separuh telanjang tuh ! Depa lagi lah kena tapis setapisnya ! Haram terus pon takpa !

Baru jek nak tengok lakonan Catrionna Ross bertudung kalau tak silap penampilan dalam drama yg pertama sejak bertudung nih. Bak komen Kak Sheila,..."saya dah terapkan nilai Islam dalam drama ni"..kata cikgetah "baik cerita nih la semua bertudung!!".

11 comments:

alyaaboolat said...

kenape dah tayang baru nak bising?bukan ke LPF kena tapis dulu b4 siar?ishh mcm ad sabotaj disitu eheee

Cik Liyana said...

a'ah...memang macam ada sumber sabotaj kan ! yg duk separuh telajang tuh taknak plop tapis..yang duk mencarut2 taknak plop tapis...ni cerita yg berunsur lagenda plop kena haramkan. Kalau macam tuh, Magika ? ape citer? tak terpesong ke?

Scarlett O'Hara said...

Cerita Indon yang sah-sah syirik tu tak pe pulak tayang!

Haa Fakihah said...

bertudung tu dh ok. tp tang sakti2 tak payah la. better wt cite harian je. tgk nurkasih, xde sakti2 ape pon malatops kan.

Shag said...

Mengada gila kot. Yang cerita asik p club, pub tu sambil minum arak tak ada pulak nak haramkan siaran. Mungkin bukan arak betul dorang minum, tapi still boleh memesongkan. Cerita pakai baju yang tak cukup kain giat pulak di tayangkan. Haih~

Entri terbaru Shag : Dato' Siti Nurhaliza dan Nurul Syakirin. Ada kaitan?!

rossoneri said...

aik,cite bawang putih bawang merah yang ada pari2 tapi dia orang islam tu cam ne pulak tuh..

Syazwana said...

tak penah tengok.
sebab tade mase.
hik hik.
btw cool gila header.

nazirulhazwan~ said...

kecoh je. cite pelok2 cium tak banned ker??

Zulfikar Hazri said...

setuju Drama ni diharamkan... ada unsur khurafat dan syirik....

princess_eryna said...

i am not a plastic.... but, still want to drop my comment here.... cis! speaking... kalo nak ckp psl tahyul..khurafat... baik haramkan citer indon yg ntah pape tuh... tuh lg la mengarut..... kemengarutan yg plg nyata!!!.....

CekLa said...

kalau drama indon tu tak khurafat dan syirik ke? budak2 lagiiii suka tengok drama indon tau! mmg betol kata sheila rusly, double standard.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...