Tuesday, January 18, 2011

Dapur Getah : Mee Bandung Cara Simple !

gambar google jek sebab dah abis masuk perut!

Uhmmm...yummmy ! Sejak duk rumah nih jadi penganggur kenalah jadi suri rumah tak berkahwin, kena masak, jemur baju,kemas rumah..ada masa sikit kena sapu laman rumah, bagi kucing makan, bagi burung makan, & ikan..tuan makan malam jek.!


Okey..ni antaranya cara yang simple..


 Bahan-bahan


5biji bawang merah (saiz kecil ) dikisar.
1/2 paket rempah segera mee bandung (tak kisah jenama apa pun )
1/2 kg isi ayam + tulang sikit ( didadu atau cincang)
1 biji telur
2 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
3 keping Fish Cake 
sayur sawi & Carrot


1 paket mee kuning (dicelur dengan air panas)
Daun sup
lada merah besar
limau nipis
bawang goreng


cara-caranya



  1. Tumis bawang merah yang telah dikisar sampai naik bau & garing.
  2. Kemudian masukkan rempah segera mee bandung..dan tumis hingga naik minyak
  3. Masuk lauk seperti ayam & fish cake tadi. Biarkan seketika dalam kiraan sepuluh kemudian campurkan dengan air hingga 1/2 periuk. Biarkan mendidih.
  4. Bila dah mendidih , pecahkan telur dan masukkan kedalam kuah tadi.
  5. Masukkan perasa, garam, & sedikit bawang goreng, daun sup serta cili padi & cili merah.
  6. Bila dah mendidih, masukkan sayur tadi..biarkan sampai sayur tuh masak tapi jangan layu sangat tau !



Hidangkan bersama mee kuning, daun sup, bawang goreng & perahan limau nipis serta hirisan cili merah.

**tapi kalau nak resepi buat sendiri rencah tuh boleh ke SINI

SELAMAT MENCUBA !

2 comments:

Nursyahida Daud said...

good info...
btw, salam perkenalan..and kalau sudi, follow my bl0g back ya.
http://nursyahida-thisisme.blogspot.com

Cik Shag said...

Alamak. Terliur tengok! Nomm nomm~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...