Wednesday, January 19, 2011

Berita : Demi wang syiling bernilai RM75 000 saya sanggup mati !

OHH......zaman sekarang duit adalah segalanya kan ! Demi wang syiling yg bernilai RM75 00 sanggup bahayakan nyawa di tengah jalan raya tuh.. KUTIP BANG KUTIP KAK ! 



tonggeng-tonggeng sampai nampak bontot pon takpe janji kutip


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
*korang sanggup ke? cikgetah..malas nak bahayakan diri kerana duit syiling..dah lah bukan milik kita takpasal dapat dosa..tu pon dikira mencuri kan.

3 comments:

Mr. Asada said...

ya ampun... dah la bukan duit dia. terang2 duit orang yang bawak hilux tu, tak ke di ibaratkan meragut. ambik kesempatan atas kesusahan yang menimpa orang lain..

bersangka baik : mereka kutip bagi kat orang tu balik kot!

Cik Liyana said...

cik getah pon nk bersangka baik lah... : uhmmm kutip bagi kat org tuh balik kot..ramai tolong dia kan...huhuh

husnaradzi said...

ASTAGHFIRULLAH . dah miskin sangat ke rakyat Malaysia nih .
haram tuh amek duit orang .
dah la tgk cm pakcik2 yg dah ada anak je . alahai pakcik oiii .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...