Sunday, December 26, 2010

PIALA AFF : MALAYSIA VS INDONESIA PART 2

Syabas  Malaysia dengan kejayaan & kesungguhan Pemain Malaysia !

MALAYSIA MENANG 3-0 DI PADANG SENDIRI



Ternyata serangan demi serangan membuahkan hasil ! Gol pertama yang tak dijangka oleh Safee Sali , gol kedua  lagi lah tak dijangka sebab pemain Indonesia duk sebuk kawal pengantin baru , Norshahrul Idlan..seterusnya pass bola kepada Ashaari dan GOL! Sungguh tak dijangka ! Sekali lagi Safee Sali menghadiahkan gol buat peminatnya dan penyokong pasukan Malaysia. Tiga gol setakat 83:23 minit , serangan ke gawang gol berjaya dikawal sepenuhnya oleh Khairul Fahmi Che Mat .  Cekap dan tangkas ! 

Semua pemain bekerjasama sepenuhnya , bijak control pemain Indonesia. Walaupon cikliyana ni kaki bangku & tak pandai sangat pasal bola nih, tapi dari mata hati getah nampak sangat pemain Indonesia akan kepung pemain yg berjaya membuat gol macam Safee Sali & Ashaari..hilang fokus kepada pemain lain. 

Apapun pemain Malaysia tak boleh sedap duduk sangat takut nanti kat Indonesia kita dihentam tak bangun macamana ! Sape yang susah..Malaysia lah.  Jangan leka sangat..nanti dijampi..huhuu


Walaupon pemain Malaysia dihujani dengan kad kuning, Malaysia tetap unggul !


3 comments:

Ryoma Ekhizen said...

yeah!!! malaysia boleh...
sampai pecah anak tekak jerit masa goal td

CIK CIRA said...

malaysia boley.... indonesia memerlukan 4 gol di padang negara mereka sendiri jika ingin menang...malaysia cayalaaaa..........

rizwan's sweetheart said...

xcited terlebih malam tadi... tetiba feel proud to be Malaysia!!! huhu... chayooo!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...