Wednesday, December 08, 2010

Dapur Getah : Roti Sardin

Salam semua, happy-happy kan lagi bagus dari murung jekk...masam-masam muka, gaduh manja takpe! Sape suka makan roti sardin cepat angkat tangan tinggi-tinggi !! Hah kamu..kamu jom ikut saya ke dapur getah! 

Sangat mudah sampai bujang-bujang kat luar sana pon boleh cuba. yang dekat asrama pon boleh cuba tau..ehh ape takde dapur? Jangan jadikan tu sebagai alasan malas yer, kalau ada periuk nasi boleh guna untuk menggoreng yer jangan tak tahu plop. Tapi kalau ke asrama lenggang kankungg bawak heater untuk guna masak maggi @ pinjam yg kawan jelah..sila pergi beli kat kedai.

Bahan-bahan inti:

  • Setin sardin [tak kisah cap ayam mahupon lembu, asalkan HALAL]
  • 2 ulas bawah putih [hiris nipis-nipis @ kalau malas ketuk sampai pecah guna pisau]
  • 1 labu bawang besar [bukan sebiji labu yer tapi 1 labu bawang besar dihiris kasar]
  • 2 lada kecik @ besar [ sukahati nak pedas @ tak pedas]
  • 1 biji limau nipis [perah untuk rasa masam @ boleh tukar kepada asamjawa/asamkeping]
  • sedikit serbuk lada sulah [untuk kurangkan rasa hanyir sardin]
  • garam,gula&perasa


Bahan kulitnya :

  • Roti sandwich [tak kisah cap ape pon asalkan HALAL]
  • Biskut takde krim @ biskut tawar @ biskut jagung [cap pingpong @ apasaja, hancurkan guna tangan @ mesin pengisar]
  • bancuhan telur [sebagai gam untuk lekatkan roti dengan biskut]



Cara-cara masak inti:

  1. Tumis bawah putih,bawang besar,lada sehingga agak berbau sedap-sedap bawang..eheemm pedih hidung.
  2. Kemudian masukkan setin sardin yang telah dibuka tak kisah lah paai gigi @ mesin. Tumis sikit lagi biar mesra-mesra gitu. 
  3. Perahkan asam limau tadi @ masukkan asam keping@bancuhan asam jawa kedalam sardin yang tengah masak tuh..seterusnya masukkan garam,gula & perasa sesedap rasa korang. 
  4. Bila dah rasa okey sedap marbelos wa cakap lu, angkat dan letak dalam bekas, biarkan sejuk..ehemmm jangan letak dalam peti yer..nanti cepat basi..dalam suhu bilik jek maknanya bawah tudung saji. Tujuannya untuk jaga kebersihan..nanti lalat datang tinggal telur luar nikah! 



Seterusnya, langkah terakhir :

  1. Penyek-penyekkan roti tadi hingga leper menggunakan botol,cawan, alu lesung batu @ sebagainya sampailah roti tadi leper. Ini cara lepaskan geram & kurangkan stress.
  2. Masukkan inti secukupnya, kalau rasa nak roti sardin tuh gumuk-sihat-sihat, boleh letak inti banyak. Yang nak slim, kedekut sikit-sikit jek letak biar nampak slim.
  3. Gulungkan roti yg ada inti sardin tadi...sampai hujung jek lekatkan guna gam telur tadi.
  4. Ehh..bila nak guna biskut? Okey ni masanya, celupkan roti yang siap digulung tadi dalam bancuhan telur, kemudian golekkan roti tadi di dalam taman biskut..ehemmm dalam biskut yang hancur tadi sampailah semuanya tersalut.
  5. Rehatkan roti tadi yg penat digelek korang...dah siap gelek...eh golek semua..boleh lah goreng tapi jangan sampai hangit !! Ala goreng emas-emas jek, okey! Boleh makan dengan sos tomato ke cili ke mayonis ke..@ korang suka cicah dengan sambal belacan pon boleh! muaahhhh...


Selamat mencuba..suka hati koranglah nak hidang bila-bila pon..grrrr jangan malas-malas tau! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...