Wednesday, December 08, 2010

Cermin Mata Ikut Muka !

Salam semua, sape yang rabun jauh@dekat cepat angkat tangan!!! Dan sape yang tak suka pakai cermin mata padahal dia tuh rabun ! Pemakaian cermin mata boleh mengubah wajah sesorang dari biasa kepada skema..ehemmm cikgu cikgi gitu..hah.

Contohnya, kalau muka bulat macam cikliyana ni kenalah cari cermin mata yg ala-ala bersegi sikit, jadi muka takde lah nak nampat bulat sangat. Yang penting masa korang nak beli spek mata tuh, mintak pendapat specialist kat kedai cermin mata tu yer, bukan beli kat pasar malam! Cuba banyak jenis cermin mata sampai korang betul-betul puas hati..& berani kan diri mencuba cermin mata berbingkai @ tidak, @ bingkai yang berwarna garang. Tengok ek, perubahan cikliyana nih.



Cermin mata berbingkai penuh ala-ala kucing ni bagi efek nakal pada cikliyana & hidung nampak mancung!



Cermin mata berbingkai separuh warna purple gelap ni bagi efek muka skema & baik.



Tengok! ia memang mengubah wajah..cermin mata berbingkai separuh & warna dark maroon ni bagi impak membesarkan mata pada cikliyana 


Tip Memilih Cermin Mata:

# Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

# Bentuk muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

# Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

# Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

# Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

# Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

# Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.

4 comments:

AiDa AzRyN said...

aida rabun jauh.. huhu..

Sasa Al-Sharif said...

try jugak cermin mata bentuk mata lalat. hehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah cik getah.. dah jd perunding cermin mata

Cik Liyana said...

@aida : kena pakai spek lah tuh...jangan tunggu lama-lama, nanti melarat!

@sasa: wahh.....mata lalat..hot kan!

@abby : hahah..sekadar berkongsi jek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...