PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.
“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.
Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.
Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.
Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.
“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.
Nota Getah : Nak kahwin 12.12.12 boleh tak? kalau tak banjir lah..tapi colan-colan bulum ada...huh!
2 comments:
canteknya tarikh =)
heheehe tarikh apa pon comey yg ptg kenangan hari tuh.
Post a Comment