Saturday, November 06, 2010

Mari Menari : Padah cakap Asyik ketawa !


HANYA mampu berentap hingga minggu ketiga, penyingkiran pasangan Dita bagaikan sudah dijangka. Ini kerana, tarian salsa dipersembahkan Dita atau Rudita Md Yusof, 35 dan suami, Mohamad Faidzal Md Jalal, 42, kurang menyerlah.

Bahkan, mereka turut melakukan kesalahan besar apabila ‘bercakap’ ketika menari. Perkara itu disedari juri tetap, Joseph Gonzalez dan teguran diberikan. Malah, penasihat selebriti pasangan ini, Zulhuzaimy juga kelihatan kecewa dengan Dita. 

Selain itu, Dita juga nampak seperti tidak serius ketika berlatih kerana asyik ketawa. Hinggakan, Zulhuzaimy seperti hilang sabar dan memberitahu dia pernah menghalau pelajarnya keluar kelas untuk ketawa puas-puas sebelum masuk belajar semula.

Apapun, dengan penyingkiran Dita itu bermakna lantai tari Mari Menari kini akan mengetengahkan 10 pasangan berentap pada malam ini, jam 9. Bahkan, siapakah pula pasangan tersingkir di penentuan Mari Menari yang diumumkan Awal Ashaari.


Nota Getah : cikliyana taksuka sangat makcik ni sebab nampak over sangat kot! Makcik ni lah yg boleh buat split tuh! pergghhhhh macam anak muda tapi body tak muda lah.

1 comment:

Farah Sygs said...

geram gk kekadang ng psgn nieyh..ta serius

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...