bestkan, bila kembali ke zaman sekolah dulu-dulu... happy jek tengok budak-budak.!
Tadi pegi majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah kakak. Tumpang seronok untuk kakak, kakak dapat untuk subjek prinsip akaun dan ekonomi asas. Yang kelab plop dapat kelab cegah jenayah...hahahhahah badan kecik ketot macamana lah nak cegah jenayah!.
Tapi yang spoil-kan mood tadi, msa bagi makanan, jemputan tak perlu susah-susah nak pergi kantin untuk makan TAPI...bagi nasi tanpa disediakan sudu.! Itu kelemahan pihak sekolah. Dahlah tu, penerima anugerah pon tak dapat makanan! Yang dapat cuma ahli Persatuan Seni Silat Kuntau Selendang Merah!!
Tu pon sebab, ayahanda pengetua org kuat selendang merah!! ayoooo......diskriminasi!! Lagi satu, majlis tadi dah jadi majlis penganugerahan selendang merah! arghhhh...geram betul! Tak nampak pon kata nak lancar modul seni pertahan kan diri..takde pon cerita pasal modul tuh..apa yang duk bebel-bebel sampai jemputan bosan...selendang merah!
pendapat hati getah la kan, persatuan silat ni taksama macam persatuan silat lain. Silat-silat lain nampak macam berdisiplin, kemas, rambut pendek kan tapi yg ni...uhm entahlah. Tak Faham sebab tak pernah tahu pasal kewujudan seni silat nih.
Nota Getah : jangan campurkan adukkan majlis persatuan luar dengan sekolah.
No comments:
Post a Comment