Tuesday, November 30, 2010

Berita : Wanita Hamil Di Tumbuk Jaga !

Hey, orang tuh dah lah nak bersalin kau sanggu tumbuk dia ! Kau tuh baru kerja jaga tak kerja polis ke hape lagi, dah nak tumbuk orang sesuka hati! Eeee....kejam betul kan! 


Masa cikliyana baca nih, rasa macam nak gi tumbuk laju-laju bertubi-tubi jek kat muka & badan jaga tuh! 


Lagi satu pihak hospital pon tolong lah periksa mental pekerja sebelum lepaskan dorang bekerja dalam hospital tuh, tak kiralah hospital ke mana tempat ke semua majikan HARUS check MENTAl pekerja! Tambah-tambah hospital tempat nak dapatkan rawatan, tempat bersabung nyawa..tentunya pesakit dalam keadaan lemah dan tak mampu nak melawan! 






MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.


“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.

“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.




Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.

“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.


“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.



Rasa cikliyana lah, kalau lah tak disebabkan isteri dia dah sakit nak bersalin , tentu-tentu jaga tuh kena belasah balik kan ?!
 sumber : METRO

2 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Bapak kejam Pak Jaga tak sedar diri tu. Hmph. Shag setuju sangat dgn pendapat Cik Liyana pasal cek dulu mental pekerja sebelum terima masuk. Untuk belajar pun kena medical check bagai, tak kan kerja tak payah.

Suami mangsa waras. Tak p belasah Pak Jaga tu :P

Cik Liyana said...

a'ah kan shaq, nak masuk belajar kena check bgai-bagai takkan lah nak masukkan pekerja dalam satu institusi tuh tak boleh! Ish, Kementerian Sumber Manusia kena dengar nih, hihi

cuba bayangkan kalau doktor sendiri yang GILA ? seram seyhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...