Friday, November 12, 2010

Berita : Gaduh Tuntut RM20

Adeh, orang ni kalau dah dalam hati tuh ada penyakit hati macam-macam alasan yang boleh dorang guna untuk bergaduh sesama sendiri kan. Ni hah, sebab RM20 sanggup ikut cakap setan suh gaduh-gaduh! Aduh lah dik oit, berpikiran logik la sikit! Kita buka duk dekat negara Afrika yg makanan pon nak kena rebut-rebut!


KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan lelaki membelasah tiga lelaki yang menuntut hutang RM20 daripada mangsa dalam kejadian di Klang Gate, di sini, kelmarin.
Berikutan itu, tiga mangsa berkenaan cedera di muka serta beberapa anggota badan dan seorang daripada mereka menerima enam jahitan di kepala kerana dipukul dengan pengunci stereng dan batu.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika seorang daripada mangsa yang berusia 19 tahun menghubungi rakannya sebelum berjanji untuk bertemu.


“Mangsa pada mulanya ditemani seorang rakan pergi ke lokasi itu dengan kereta sebelum bertemu rakan yang berhutang itu bersama tujuh lelaki lain.

“Sejurus bertemu, mangsa meminta wangnya, namun berlaku pertengkaran kerana rakannya itu enggan membayar sebaliknya memaksa mangsa keluar dari kereta,” katanya.



sumber Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...