Wednesday, October 20, 2010

Review Cantek : BB Cream (Blemish Balm cream)

Korang pernah guna krim ajaib yang ada foundation, whitening, spf++, dgn skin treatment sekali atau korang lebey senang guna foundation and terus sapu bedak? kalu lelaki tu mesti lah tak tahu kan apa la BB cream ni? aiskrim ke hape ke takyah amik tahu melainkan korang ni lelaki penyolek wajah atau Abang Andam. 


Apa itu BB cream dan kenapa lah nak review sangat pasal ni.


BB Cream sangat popular di Asia dan banyak di pakai artis Korea. Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbezaan antara BB Cream dan produk kosmetik lainnya, BB Cream adalah kosmetik sekaligus merawat kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit. Hebatkan!! kat Malaysia sendiri pon, dah banyak syarikat kosmetik yang nak pasarkan BB cream dari brand dorang. Contoh yang paling dekat, produk BB Cream Simply Siti by Dato' Siti Nurhaliza. Silky Girl pon ada BB cream dorang, paling baru Maybelline pon dah ada BB Cream Clear Smooth Minerals.  


Cikliyana sendiri pon pakai BB Cream untuk tutup comot2 kat muka nih. Yang pernah pakai brand Skin79 (yang amik sample jek, beli online) , Silky Girl, Beautee , dan Elianto.






 BB Cream dari skin79 paling best sebab texture dia smooth jek and color dia akan blend dgn kulit kita, so takdelah nampak bertompok-tompok sangat kan.




BB Cream dari silky Girl pulak agak terhad dari segi penggunaan pada org yang berkulit gelap. Ia datang dgn dua color jek. Texture kurang smooth dan tidak berminyak, tapi bila muka kena air, muka terus jadi putih selepok! color tak natural lah.



BB Cream Elianto ni ada macam-macam jenis, ikut jenis kulit. Cikliyana pakai yang ada oil control tapi tak control-control pon. Hampeh jek! Yang ni paling kecewa...huhuhuuuu.


BB cream Maybelline ni takpernah guna lagi, nanti dah guna cikliyana crita eh!


2 comments:

nunaa leng. said...

mana nak dapat bb cream skin 79 tuh eh ??

ahsfantasy24 said...

huhuhu..
tak tawu ape yg ssuai~
>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...