Thursday, October 21, 2010

Bercakap Kelatam Luar





Malam tadi tidur lewat, bukan sebab tengok bola kelantan lawan kedah yer..tapi tak tengok pon dah paham strategi pemain kelantan! WE ARE THE RED WARRIORS! KEDAH, hang pulun la di Kota Bharu nanti eh, jangan risau kami takkan BERGONCAH LAGI kami janji akan ber-SAEM baik dengan POK-POK KEDAH.


Sebab tidur lewat ialah perbualan juta-juta punya pasal la nih. Eh jap, bual juta-juta tu boleh baca sembang juta-juta eh...hahaha takut tak paham la plop! Tajuk bual juta-juta malam tadi pasal entry kat satu belog ni, "bila bahasa kelate di KL kan." sungguh menarik! sebab kadang-kadang pon cikliyana pon penah ter-kecek kelate masa ber-kecek luar hahahahha! contoh ayat-ayat semalam yg kitorang baca sampai guling berair mata 



  1. Hey, tolong la PENYEK mouse tuh! hey awak ni kampung sungguh la,  orang cakap macam ni la, JIRIK la mouse tuh!
    (maksud ayat ni : tekan la mouse tuh!)
  2. seorang lelaki pergi dinner kat hotel, so macam biasa kat hotel boleh refill free air masak. Masa waiter tu tuang air masak, pemuda tadi :  " PADAM encik, PADAM dah tuh! "
    (maksud pemuda tuh : dah lah tu encik..cukup dah tuang air tuh)
  3. seorang murid ditanya oleh gurunya : kenapa baju awak ada bintik-bintik hitam tuh? maka murid tu jawablah : oh..baju saya terkena PERTIK SAWA cikgu!
    (pertik sawa terjadi bila baju lembab taksempat kering terus lipat..hahaha paham tak?)

Pastu, sepupu comeyl a.k.a kakak ni pon crita, dia dengar kat radio era xlama dulu : 
  • DJ tu tanya kat pemanggil : Macamana cuaca di kota bharu? maka pemanggil tuh jawab : oh, cuaca di kota bharu agak JO-OM. (jo-om bermaksud mendung)
Hahahhahha dah tu start la ber-kecek mengarut-ngarut! contohnya :
  • Hey budak-budak jangan BER-GONCAH di padang tuh!
    (BER-GONCAH = bergaduh)
  • Setelah di landa ribut keadaan bilik itu BER-KUBANG LANA.
    (BER-KUBANG LANA = bersepah)
  • Saya berasa sunguh KOPA sejak selsema nih
    KOPA = sengau )
Okey sudah cukup setakat ini, saya berasa sungguh manggok kerana boleh ber-kecek luar takdop macam kamu, ber-kecek kapum.

2 comments:

nuriz said...

ahahah byk bahasa kelate tak paham ni..bahasa dalam sgt..

kedah lawan kelate..jgn gomo gomo ye kita main dgn semangat kesukaney heheh

ibu qaleesya said...

ahahhahahha suko selok saya bace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...