Okey, tamat pasal bola. semalam disebalik gembira kami anak beranak tengok bola kat Hospital Pakar Perdana tengok sepupu kena serangan Epilepsi. Kalau ikutkan Epilepsi adalah penyakit genetik atau penyakit keturunan tapi dah disahkan kami semua baik belah ayah dia atau mak dia kami semua tiada keturunan Epilepsi.
Epilepsi adalah satu gangguan di mana aliran isyarat elektrik di dalam otak menjadi celaru.Ia kadangkalanya diumpamakan seperti berlaku ribut elektrik di dalam otak.
Ia dialami oleh kira-kira 0.8 peratus kanak-kanak dan 0.4 peratus orang dewasa. Ia mudah berlaku terutamanya pada kanak-kanak dalam lingkungan usia satu tahun dan mereka yang berusia melebihi 65 tahun.
Epilepsi juga boleh menyerang tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau status sosial. Separuh daripada kes-kesnya, tidak diketahui puncanya.
Bagaimanapun, beberapa punca utama epilepsi adalah jangkitan pada otak (encephalitis, meningitis dan sebagainya), keadaan seperti serangan angin ahmar, ketumbuhan otak, trauma kelahiran, kecederaan teruk pada kepala, terdedah pada bahan toksik atau penyalahgunaan dadah dan faktor genetik (keturunan).
Menurut doktor, penyakit ni boleh terjadi kepada sesiapa pon baik kanak-kanak atau dewasa. Ia berlaku secara tiba-tiba. Dah 5 tahun dia kena penyakit nih dan serangan berlaku jarang-jarang maknanya setahun adalah beberapa kali, last dia kena lepas paper Add Math exam SPM lepas. Pesakit epilepsi dinasihatkan supaya tidak terlampau tertekan, terlampau gembira, & terlampau sedih. Kena sikap cool jek.
“Kebanyakan pesakit mempunyai tahap kecerdasan otak yang normal mahupun melebihi purata normal.
“Malah, ramai yang menempah kejayaan walaupun menghidap penyakit ini,”
Dalam 5 tahun tuh, susah keluarga dia nak buktikan pada doktor bagaimana serangan tuh berlaku sebab selepas serangan dia okey jek dan lupa apa yg berlaku, tapi semalam mungkin berkat doa kami semua, Allah tunjukkan pada doktor pakar neuro di Hospital Pakar Perdana. Lepas kami semua tengok bola & sembang-sembang kosong, tiba-tiba dia menjerit panggil ibunya, itu petanda serangan akan berlaku. Kami semua terkejut sangat !! Terus panggil doktor dan sepupu tuh terus ditransfer ke wad ICU untuk jagaan yg rapi.
Hari ni angoh akan jalani imbasan otak tau pon MRI . Cepat sembuh yer angoh ! Sekarang ubatan untuk penyakit nih dah banyak semalam pon doktor pon dah terangkan jenis ubatan yg perlu diambil dan tempoh pengambilan ubatan. Cuma yg susahnya nak lepaskan angoh ni belajar jauh-jauh, sayang jugak pencapaian akademiknya membanggakan.
Pesakit dinasihatkan merekod kesihatan harian untuk tujuan perubatan.
No comments:
Post a Comment