Monday, December 20, 2010

Ngepek Getah : Lelaki Kaki Gosip

Eh, jom gosip-gosip kampung nak tak ? 

Orang perempuan memang selalu sangat dikaitkan dengan gosip kan..kan..TAPI orang lelaki tak pandai bergosip  ke? Ala tengok jek dalam melodi tuh sebagai contoh, ada jek wartawan lelaki yg duk terjah-terjah artis &seleberiti tempatan tujuan sama jek, nak dapatkan kebenaran tentang sesuatu gosip. Contoh senang nampak..abang rambut ketak-ketak. 

Berdasarkan pengalaman kawan-kawan lah kan..orang lelaki ni cakap jek tak suka bergosip tapi bila dah start bergosip hah amik kau..lagi hebat pengetahuan gosip dia dari perempuan ! Dush...atas muka! tapi tentunya gosip tuh ke arah lain lah sikit kan, kalau artis bercerai dikatakan si isteri tak pandai layan suami, tak cantik, body tak mantop, & tak pandai urus keluarga. Sedangkan kalau tak cantik, suami beli lah kosmetik untuk isteri biar cantik melepok tapi suami cakap isteri duk rumah jek, saya suka kecantikan asli awak, tak payah tempek segala benda kat muka tuh, taklalu saya. Hah macamana tuh? Si isteri pulak, pandai-pandai lah mekapkan diri biar suami tertarik kan..sendiri mau ingat lah. 


Perampas, benci sungguh cikliyana dengan mereka-mereka nih, walaupon ada setengahnya tak rela nak jadi perampas. Nak salahkan seratus peratus pon tak boleh, terpulang lah kepada pasangan tu sendiri cara nak selesaikannya. Urusan dalam keluarga jangan gi curah kat telinga orang luar...terutamanya perempuan. Tapi yg perampas muda trang tang nih dah tau awak tuh bergetah lagi boleh cari lelaki macho lain kat luar sana buat apa nak cari suami orang? Berpengalaman sangat ke mereka tuh ? I don't think so. Satu lagi yg orang duk benci, janda..kerana nila setitik rosak janda baik sekampung. Satu janda buat hal, sampai bila-bila orang akan cakap semua janda ni gatal nak berlaki. pandai-pandai lah jaga diri yer, bukan nya berubah sampai kan dulu pakai skirt panjang sekarang pakai skirt pendek bawah montot konon nak tunjuk badan tuh masih bergetah..lastik kang !



Mesti ada yg cakap , cikliyana ni kaki gosip kan. Takpe silakan, tak terasa pon sebab semua orang pon macam tuh, dan apa yg cikliyana cerita ni benda realiti yg kadang-kadang kita pon tak sanggup nak hadapi kan..kan. Berubah untuk kebaikan takpe, tapi jangan berubah kepada keburukan..busuk nama !

5 comments:

suria lekatlekit said...

Jangan rampas laki saya yg ensem tu kekekekeke.. apapun cik getah susah untuk kita nilai. Kdg2 perampas ni ada positifnya.. kalau takde saingan kita jd smbil lewa je layanan pd pasangan (tak tertakluk pd pmpuan je tau). Bila rasa diri ada saingan, br nk fight. Tp tidak la sy menyokong perampas suami org or isteri org.. Just mengingati sesama sendiri. Bila timbul isu rampas merampas golongan isteri la paling trauma. Kalau tidak di reject pun di kongsikan.. Auwww.. tak sanggup

Unknown said...

Hehe..kadang2 terjadi gak..

Syazwana said...

kadang2 best bergosip dengan lelaki nih.
hehehe

::nuRuLaDHar:: said...

mmg btui,kekadang lelaki begosip lg pedas dr pompuan..huhu

tak suke perampas or dirampas or merampas..uhuukk

Rara Farah said...

sometime duk pk gak...adakah lelaki pon bergosip mcm pompuan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...