Tuesday, November 02, 2010

Popia Pensil warna

Hari ni kita belajar memasak nak. Boleh masak untuk berbuka.Senang dan cepat.
Bahan-bahan:

Inti ::

  • kobis purple (dihiris halus)
  • sengkuang (parut)
  • daging ayam (cincang)
  • Lobak merah (parut)
  • bawang putih (tumbuk)
  • lada merah (cincang)
  • capsicum kuning (cincang)
Jangan lupa :
  • kulit popia
  • bancuhan tepung @ air (sebagai gam)
  • perasa (garam, serbuk lada hitam/putih)
Cara-cara membuat inti:

  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, dan masukkan isi ayam yang telah dicincang tadi. Goreng hingga ayam masak. 
  2. Kemudian, boleh la masukkan sayur-sayuran, dimulakan dengan kobis, lobak merah, sengkuang  dan lada merah dan capsicum.
  3. Goreng bahan-bahan tadi hingga masak. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih/hitam.
Okey, bila dah masak inti sejukkkan beberapa minit sebelum kita guna untuk digulung. Cara gulung senang sangat, nak ajak budak kecik join gulung pon boleh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...