Tuesday, November 16, 2010

PEMANDU BUS GILER!!!

Adeh, penat wey baru sampai rumahku syurgaku! Indahnya....manis rumah manis! Tapi bukan cikliyana drive yer, pakcik yang drive..kitorang ni sebagai peneman sementara jek, lepas tuh terus senyap tidur..bila terjaga...gelak lagi dan lagi...adeh sakit perot. 

Ni nak cerita nih, semalam kitorang terserempak dengan pemandu bas yang bawak macam orang gila kat jalan Raub. No Plat bus tuh WTY 3**9, seyes memang bahaya gila!!! Potong memotong jek kerjanya sampai kereta pon nak dihimpitnya! Masyaallah macam mana lah orang kat dalam bus tuh! Kitorang pon apa lagi, terus hantar aduan lah!

SEKIRANYA ANDA LIHAT KEADAAN BUS YANG DIPANDU SECARA MERBAHAYA SILA HANTAR ADUAN ANDA BESERTA NO PLAT BUS  KE : 
SMS Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 15888

Dah memang nasib kitorang kot, kat Jalan Merapoh kalau tak silap, ada lagi satu bus yang bawak dalam keadaan merbahaya!! Kiri kana nampak sangat pemandu bus tuh mengantuk!! Kepada Pemandu bus tolonglah wey, kau tuh bawak anak orang, bini orang, laki orang, keluarga orang, silap hari bulan keluarga kau pon ada sekali, so pandulah cermat sikit! Kami rela sampai lambat asalkan selamat. 

Kitorang bertolak dari tol gombak dalam pukul 10.56 malam dan sampai kota bharu pukul 5.59 pagi tadi. Adeh, penat sebab tahan mengantuk! pakcik cikliyana lagi lah, siap makan lada kecik tuh nak suruh hilangkan mengantuk!! Adeh, mulut kebal sungguh!! 

Kami memang suka bawa kereta laju-laju, tapi please kepada yang suka bawa kereta laju-laju, pastikan break dan keadaan kereta anda berada di tahap selamat. Yang penting anda cekap mengawal "stereng" dan break semasa dalam keadaan laju! 

2 comments:

Liyana Lunia. said...

kita mmg rela dtg lambat yangg, tp dorg tak relaaa hilang pelanggan lain :(( kadang2 bukan silat driver, tp manager dorg yg uruskan jadual mcm org gila :( sian driver tu

daisy said...

ntahnya.
kalau nak mati,mati lah sorang-sorang.jangan libatkan nyawa yang tak bersalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...