Mari-mari kita masak Ayam MaduKu Hitam.
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (**potong lah ikut suka tapi jangan kecik sangat!)
3 sudu besar madu (**taksuka manis boleh kurangkan lagi)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicar cair
2 sudu kecik lada hitam kasar (** tumbuk lumat)
sedikit perasa.
**kalau nak senang lagi guna jek blackpaper sos.
cara-cara :
Gaul jek semua bahan bersama-sama...sampai sebati. Rasalah sikit, tambah mana yg perlu..nak masin ke manis lagi ke suka hati lah. Perap selama 1jam.
Goreng dengan api yang sederhana sebab kalau api besar nanti cepat hangit! Nak lagi sihat, boleh bakar dan makan dengan salad!
Nota Getah : Sangat sedap dan senang kan!
No comments:
Post a Comment