Mari belajar memasak yer anak dara, mak dara, abang bujang, abang kahwin semua boleh! Musim hujan ni seronok makan panas-panas kan! Melecur mulut lagi best..hahahha!!
Bahan-bahan
- 4 biji ubi keledek
- 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
- Inti : gula secukupnya
Cara-cara
- Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
- Bulatkan doh kecik-kecik menjadi bebola. Kemudian doh tadi penyek (tekan dan leperkan) dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur.
- Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
Nota :sangat sedap dimakan masa panas-panas! melecur mulut sikit pon takpe. Boleh makan pagi & petang
2 comments:
AWAK PANDAI MASAK KAN...bestnya. Hari-hari famili makan macam-macam jenis/aneka makanan. Fuhhh..bestnya
wah pandainya dia buat kuih.. kena amik kursus ngan awk ni
minta tolong undi cerita kreatif saya dengan menaip LEKAT LEKIT GURL STORY kat comment blog ni http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html
Post a Comment