Tuesday, November 30, 2010

Berita : Maut Selepas Hantar Isteri

Innalillahiwainnailaihirojiun , semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempat kan di kalangan orang yang beriman, amin. Mati tuh pasti, mungkin Allah lagi sayang kan suaminya, sebab tuh Allah amik arwah dulu. Lepas jek hantar isteri pegi kerja, selang beberapa minit arwah dihempap sebatang pokok. Takut kan..tambah-tambah sekarang ni musim hujan, pokok tentu tak dapat bertahan dengan kukuh sebab mendapan air kat tanah. Mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga keluarga dan isteri arwah tabah dalam mengharungi kehidupan selepas kematian arwah. 



KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.

Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.


Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.


“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.



baca lagi METRO

2 comments:

zaL_cdpx said...

innalillahiwainnalillahirojiun

sedihnye ! moga rohnya dicucuri rahmat

Cik Liyana said...

sama-sama lah kita berdoa...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...