Friday, November 12, 2010

Berita : Gadis Setan

SERDANG: Dua gadis yang berusia awal 20-an dikesan menjadi dalang kes pecah rumah siang hari dengan menjadikan beberapa rumah flat kos rendah di kawasan yang disewa mereka di daerah ini sebagai sasaran utama.
Malah, kedua-dua gadis terbabit yang juga penagih dadah tegar bekerjasama dengan teman lelaki masing-masing untuk menjalankan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.

Sumber polis berkata, kumpulan empat geng pecah rumah itu diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah di flat PKNS, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.


“Sebaik masuk dengan mengumpul pintu, mereka menyelongkar rumah berkenaan sebelum melarikan barang berharga antaranya telefon bimbit dan wang tunai. Malah, suspek turut melarikan perkakas rumah termasuk tong gas.

“Semua barangan berkenaan disimpan di rumah sewa mereka yang terletak berhampiran,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu hanya disedari pemilik rumah berkenaan selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 1 tengah hari.



berita penuh

Nota Lastik : Budak zaman sekarang nih, kalau tak kawal macam ni lah jadinya TAPI kalau kawal cakap konkong lah plop!

2 comments:

nazirulhazwan~ said...

lagenda gadis setan.hehe

pN.rOs said...

uiks kobejordan: cam penah dengar je nick tu haha
bahayakan. skang pompuan pon da berani wat jenayah besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...