Thursday, November 11, 2010

Berita : Budak Umur 3Tahun naik Bus Sendiri!!

Adeh...malunya kat budak nih!! kecik-kecik dah berani naek bus sendiri sorang-sorang! cikliyana umur 23 baru berani naek bus sorang-sorang dari Muadzam ke Kelantan masa belajar dulu. Memalukan lah...huhuhuuu....tapi mak bapak budak ni cuai sangat!!! tak syang anak ke kak! Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu..anak hilang taksampai sehari org dah antar anak akak balik. Zaman sekarang ni...takpasal anak akak orang jual kat SIAM!! 

KUALA LUMPUR - Melihat seorang kanak-kanak lelaki (gambar) yang berumur sekitar tiga tahun sudah berani menaiki bas pasti mengundang takjub kepada orang ramai.
Namun timbul persoalan siapa ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang begitu cuai melepaskan anak mereka berbuat demikian.
Itulah yang berlaku terhadap seorang budak yang dijumpai oleh seorang wanita berumur 40 tahun ketika dia menaiki sebuah bas menuju ke ibu kota semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut curiga apabila ternampak kelibat seorang kanak-kanak memegang botol susu yang kemudian menaiki bas yang berhenti di Flat Seri Sabah, Cheras di sini.
Atas dasar prihatin, wanita itu memanggil budak terbabit duduk bersamanya sebelum dia menghubungi polis.
Apabila sampai di Plaza Kota Raya di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita itu membawa kanak-kanak terbabit ke Balas Polis Tun H.S Lee di sini untuk membuat laporan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

3 comments:

ct noarizah said...

anak ramai sgt agaknya smpai terlepas srg duk atas bas!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dgr jugak pasal ni kt hot pg td.. br nak clik2 akhbar ni..

Weeda said...

nasib baik makcik tu baik..kalo terkena dengan orang tak baik tu mesti kena culik..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...