Amaran, sekarang ni kan banyak sangat produk kulit yang murah. Kebanyakan penjual atau pengedar dah siap-siap bagitahu yang barang kulit ni banyak gred, that's why la murah. So kepada yang suka beli barang online macam cikliyana nih, korang kena sedar pasal benda ni okey. Kalau barang yang korang beli tuh TERBUKTI dari KULIT BABI, better pulangkann! JANGAN BIMBANG, KORANG ADA HAK!!
tengok betol-betol..3 bintik seragam tuh! |
Kebiasaannya, barangan kulit yang terdiri dari beg tangan dan kasut diperbuat dari kulit lembu(cowskin), kulit anak lembu(calfskin), kulit anak kambing biri-biri(lambskin), kulit kambing(goatskin), kulit khinzir(pigskin) dan sebagainya. Memandangkan teknologi semakin moden, kadangkala kulit tiruan(synthetic leather) juga hampir menyamai kulit asli.(* kulit tiruan boleh didapati dalam pelbagai term: synthetic leather, faux leather, man made leather, leather-like etc)
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
**kalau titik 3 tu seragam, maka ia memang dari kulit babi, tapi klu titik 3 tidak seragam, ia bukan kulit babi.
No comments:
Post a Comment