Perempuan yang tak pandai main bola & hanya tahu menilai pemain bola berdasarkan ke-hensem-an pemain boleh di gelar kaki bangku. Ehh..lupa nak ucap tahniah kepada semua pemain Malaysia yg berusaha keras utk memastikan ke Final Piala Suzuki 2010 sabtu ni kat Bukit Jalil . Hencem jek Khairul Fahmi tangkap bola..peluk lama-lama..eceh romantik !
Hah, tu lah org perempuan kaki bangku tengok bola bukannya nak nilai dari segi ketangkasan bermain bola atau hebat di padang tapi hebat di muka & badan."eh...kenapa peluk bola tu lama-lama"
"eh..Shahrul Idlan jalan macam pon-pon kan..donut ke"
lepas tanya soalan ni terus kena sekeh kepala!
"Khairul Fahmi macam pelakon korea kan"
"hahaha padan muka pemain tu kena kad merah..dah la tak hensem"
"badan dia besar-besar jugop kan..sasa gitu"
Tu semua antara dialog org perempuan bila tengok bola sampaikan org lelaki serabut & amik jalan mudah tengok bola kat kedai mamak...hahahha peeepss. Hakikatnya mereka semua bagus-bagus tengok Safee Sali kalau tak sebab dia Malaysia tak ke separuh akhir kan..kan..
Apapun penain Malaysia kena gandakan lagi usaha, jangan main secara bertahan jek, mujurlah Khairul Fahmi tu cekap kalau tak mesti bolos gawang Malaysia semalam kan..serangan bertubi-tubi tuh. Lepas jek pemain Vietnam Pham Thanh Luong dilayang kad merah..gawang Malaysia diserang bertubi-tubi & Pemain pon kena serang secara fizikal..tu lah buat aksi terjun tak menjadi konon nak salahkan pemain Malaysia berharap nak panalti tapi tersikir keluar padang.
Cik Liyana ni bukan layan mana pon bola tapi kadang-kadang naik semangat sebab cara permainan, memang habis nafas tengok bola dalam keadaan berbangku tak tahu apa-apa..rasa macam semua serangan tuh bahaya, & kesilapan tuh "wey..takboleh maen elok-elok ke"..macam lah terer sangat..huh!
Semoga berjaya lah yer..penentuan malam ni samaada Indonesia atau Filipina yg akan ke final. Ingat lagi Indonesia memalukan Malaysia masa nyanyi lagu negaraku..tak hormat langsung..sedih sangat. Kita dah bagi tempat kat mereka di Malaysia..tapi berani ke nak buat macam tu Sabtu nih kat Bukit Jalil ? Kita kena tabah dengan orang tak kenang budi tuh! Kuat Harimau !! *sabun basuh la plop..hehe*
9 comments:
Kekekekekeke.. Org tgk bola suspen tunggu Gol.. Cik Getah mesti tgk bola smbil feelling2 dgn pemain yg ensem kan??? kekekekeke
setiap kali tengok malaysia nya game, atau liga bola malaysia, mulut nih kalau xkuar perkataan yg xada dalam kamus tu mmg payah lah...xpasal2 dpt dosa terus tgk bola malaysia...heheheh.. hanya boleh support je lah,kalau suh tengok tuh,xpelah.. kalau malaysia dpt goalkeeper n defend yg okey,baru kita tgk..
memang tak minat bola. dulu, kini dan selamanya (macam konfident je!)
pasal entri backlink tu, cuma copy paste cara dan link, masukkan link cikliyana, padam link no 1.
pastu, promote kat kawan2 lain. :)
@LekitGurl : hahahha feeling sikit2 jek..habis nafas tuh..hahahaha
@rossoneri : hahhaha emo jugak kan..tapi takpe Malaysia akan bertahan!
Shag tak minat Malaysia punya team. haha. Entah lah. Mungkin tak se-handsome pemain overseas :P
anda d tag..jom masuk contest ;)
http://farhah88.blogspot.com/2010/12/gojesh-in-orange-contest.html
cik tom xminat lgsg bola..xkisah la pemain tue ensem ke tidak..hehe
Hehe tapi xsemua mcmtu kan..
lelaki pun tak semua pandai menilai bola.. kerana saya tidak minat bola sepak.. futsal ok..;)
dah macam pengulas bola sepak versi girly jer dah pun.. hehehehe... suke sgt ulasan bahagian atas tue,,, hehehe
Post a Comment