CEMBURU TANDA SAYANG
CINTA ITU BUTA
Jealousy is a disease, love is a healthy condition. The immature mind often mistakes one for the other, or assumes that the greater the love, the greater the jealousy! In fact, they're almost incompatible; one emotion hardly leaves room for the other. Both at once can produce unbearable turmoil!
~ Robert Heinlein
Salam semua, dah lama tak ngepek-ngepek kan ,...ehemm sila baca ngepek sebagai membebel yer !
Hari tu, ada sorang kawan cikliyana ni duk cerita pasal boyfriend dia. Dia memang susah nak percaya kat bf nih sebab katanya bf dia seorang yang peramah & ceria bila dengan orang lain terutama perempuan.
Salah ke kalau lelaki baik dengan perempuan, & salah ke kalau perempuan ada rasa cemburu terhadap bf sendiri?
Bagi cikliyana, tak salah kalau lelaki nak kawan dengan perempuan. Masing-masing dah besar dah tahu batas seorang kawan, melainkan kau tuh jenis muka yang tak tahu malu & sua kawan macam kekasih sendiri. Sebagai seorang kekasih sememangnya kita kena tahu batas seorang kawan dengan kawan walaupon di mata orang lain kita nampak macam mesra sangat. Tak sanggup kot nak rampas-rampas bopren@gepren orang nih. Buat ape kongsi-kongsi, tak syok kan !
Perempuan pulak, cemburu tuh bagus, tanda sayang tapi jangan lah sampai tiap saat awak asyik nak tanya mana bopren awak tuh pergi mana, dengan sapa, buat apa dan macam-macam soklan lah lagi sampai satu saat si lelaki terpaksa tipu sebab nak jaga hati pasangan. Nak ke macam tuh? Mestilah taknak kan..jadi cemburu biar bertempat, tanamkan sifat percaya pada kekasih. Kalau dah hati melekat bagai getah, susah lah orang lain nak tolong kopek kan.
Kepada perampas pulak, fikir sendirik eh, kalau hari ini kau merampas esok mungkin kau bakal jadi mangsa yg dirampas. Dunia nih bulat..jalan tonggang tonggeng pon tetap akan jumpa jalan yg sama & apa yang kau rampas bakal dirampas! Jadi Awas! [peribahasa sendiri].
3 comments:
kalau dirampas itu boipren org maybe blh di maafkan sbb takkan berlaku apa2 kes di mahkamah syariah.. tp kalau laki orang AWAS! lebih2 lelaki itu laki aku!! Kekekekekek.. akan ku rampas kembali.
cemburu itu perlu dalam setiap perhubungan, tapi seperti yg ditulis kat atas, kene la berpada-pada.
kalo x nak cemburu, jangan lah ambik pakwe hensem/makwe cantik. haha
Bahaya perampas, perampas ni. haiz.
Post a Comment