Kata Cik Lekat-lekit, sempena cuti sekolah kena jawab tag nih. Orang yang tak cuti sekolah pon boleh jawab yer. Sepak laju-laju kalau korang takde memori langsung atau korang jenis katak bawah besen kat sekolah dulu.
Nama kamu kat name tag :
FAZLIYANA sebab tuh jek namanya..tak panjang tak pendek tapi SATU jek.
Berapa tag kamu gantung kat baju or tudung masa skolah :
SATU sudah, tu pon kadang-kadang..time spot-check cepat jek pakai!
Apa warna uniform sekolah kamu :
warna PUTIH jek, cuma yang beza bila masuk sekolah teknik, kasut tukar kasut kulit hitam.
Selain buku skolah dalam beg kamu ada apa lagi :
Buku Sekolah simpan bawah meja..hahahhahaa. Tak suka bawak mengarut sebab diri sendiri dah mengarut! haha
Gelaran pada cikgu yang kamu bagi :
Cikgu Saripoh(nama sharipah tapi sebab taksuka panggil jek ikut suka) , Cikgu Linkin Park (sebab jalan macam bdk hip-hop), Cikgu Koya (sebab selalu tunjuk duit dalam kelas! POYO kan) , Cikgu Gatal (dtujukan khas untuk warden sebab dia memang gatai)
Berapa peratus kedatangan kamu di sekolah tiap - tiap tahun :
99% sebab duk asrama..tapi masa Ting 3 dulu..kuat alasan nih!! Sakit perot sokmo!
Anugerah yang pernah kamu dapat di sekolah :
Pembual terbaik bagi rakan-rakan!
Gelaran kawan - kawan pada kamu masa sekolah :
"Otok" sebab suka naik hangin tak tentu pasal..dan tiba-tiba mood boleh swing jadi galok gila! Senget kan!
Panggilan kawan - kawan baik kamu di sekolah :
Mekna @ Otok..kawan semua sama..cuma yang tak berapa baik panggil nama penuh! JERK!
Denda yang kamu tak boleh lupakan sampai sekarang :
Kena panggil dengan gelaran "anak gajah" dengan warden sebab bising [dah la bilik dia bawah dorm kitorang, masa tuh baru seminggu masuk asrama].
nak tahu lagi kisah lucu PICIT SINI
Tahap pencapaian akademi kamu di sekolah :
Sederhana, diam-diam ubi berisi..hahahhaa tapi kalau banjir tak jadi ubi lah wey!
Apa nama sekolah yang paling kamu sayang :
Gold Sand Technique School..hahah bajet gila tulih kot omputih. [yg baca entry lepas tentu tahu kan]
Apa yang paling kamu rindui selepas meninggalkan sekolah kesayangan kamu :
GENG 2D4...DAN GENG 2C1.. Korang the best lah!
korang nak korang jawablah yer! TAG SEMUA FOLLOWER!
2 comments:
weeda pun sama...sume buku tinggal dalam meja..gi skolah bawak beg kosong je..haha
hahaha
besh2 jawap tag
Post a Comment