Saturday, November 13, 2010

Dapur Getah : Clay-pot Yee Mee

Heh..seperti dijanjikan tadi..mari masak yee mee!!

  "Eh...makan tengah malam ? Bukanlah belum pukul 12 lagi! " 




Bahan-bahan :

5 ulas bawang putih **cincang halus / tumbuk
Ayam ** potong kecik-kecik
lobak merah
sawi
bancuhan tepung jagung
sos tiram
serbuk lada putih
garam,gula dan perasa

Cara-caranya :

Sangat mudah dan ringkas bahan-bahan nya kan! caranya begini, mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong kecik-kecik tadi dan gaul hingga rata dengan ayam..biarkan seketika baru masukkan air. Ini bertujuan untuk rasa bawang putih boleh resap masuk dalam ayam.

Kemudian bila kuah tadi menggelegak, boleh lah masukkan anggaran 3sudu besar sos tiram dan perasa, garam dan gula ikut suka hati...hehehe.  Serbuk lada putih ni pilihan, yang mana suka pedas rempah-rempah sikit boleh masukkan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih. Masukkan batang sawi dan lobak merah.

Agak dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung dan kecikkan api, kacau seketika sampai kuah agak pekat baru masukkan sawi. Masa nak hidangkan baru letak yee mee!! 

Claypot Yee Mee boleh dihidangkan sebagai makanan sampingan @ malam @ petang dan bila-bila masa yang anda suka. Nama masakan ni ada claypot sebab masak dalam periuk tanah! Masakan ni mirip Ladna tapi agak gelap sikit warnanya sebab tambahan sos tiram.


Okey selamat mencuba! 




1 comment:

Weeda said...

sedapnya...kalau letak cendawan mesti lagi sedap nih...tq share resepi..nak terai buat tapi takut tak jadi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...