Sunday, October 24, 2010

Siam, Kaduk dan Muda!!

sumber : chrome


Tahu tak apa kat atas tuh? Ni namanya Miaeng Kam, makanan Thailand. Rasa dia...uhm okey lah sebab dalam daun kaduk tu ada macam-macam! Antaranya, isi kelapa, udang kering, bawang merah, perahan limau nipis, halia dan cili padi, eh luap ada sos dia! Tapi sebab nak amik mua, tiba-tiba sedap jek! Patutlah Orang Thailand comey-comey! Beraso nak jadik ore lek Siam weh!

Ni Resepi : 

Bahan-bahan

20-30 helai daun kaduk (dibersihkan)
Sebiji Limau nipis dikupas kulitnya dan isinya dipotong dadu
Seinci halia (lebih sedap gunakan halia muda) dipotong dadu
Secawan kacang tanah digoreng garing tanpa minyak dan ditumbuk kasar
30 ekor udang kering kecil
3 ulas bawang merah(dicincang)
5-6 biji cili padi di potong kecil
I cawan isi kelapa yang dihiris halus-halus dan digoreng tanpa minyak

pi mintak ngan pokcik Chrome
Gambo dari SINI
Bahan untuk kuahnya
1 cawan air
1 cawan gula merah atau gula melaka

sedikit udang kering yang ditumbuk halus
garam secukup rasa

cara penyediaan:

Sediakan semua bahan-bahan di atas dan letakkan de dalam bekas.
Untuk penyediaan air gula, masak 2 keping gula melaka bersama air.Masukkan garam secukup rasa dan sos ikan (jika suka) Boleh juga masukkan sedikit udang kering.Kacau hingga masak.

*Orang Thai meletakkan memasukkan sedikit kelapa parut yang telah disangai ke dalam sos. 

Cara makan:

1. Ambil sehelai daun kaduk,lipat daun menjadi kelongsong.
2. Masukkan semua bahan-bahan- letakkan serba sedikit
3. Akhir sekali tuangkan sos dan bolehlah dimakan segera.

PESAN CIKLIYANA : SAPE-SAPE YANG BARU NAK CUBA, SILA KUNYAH LAJU-LAJU! HAHAHA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...