Tuesday, February 01, 2011

Belacan & Paku Fasih Berbahasa Melayu! Bangga wey !




Ohh...kita duk sebok belajar bahasa dorang..bangga bila kita boleh bercakap slang mereka sampaikan adakalanya..terbelit...kalah matsaleh!!! Eh sape Belacan & Paku nih? Nama unikkan ? Ingat ada ke orang melayu nak guna nama budu belacan tempoyak ?uiiii taknaklah takde class !!!

"Belacan dan Paku" ialah lakonan dua kawan rapat yang suka bercakap dalam bahasa malaysia.. Kedua-dua wataknya berasal dari USA dan tinggal di Sarawak/Sabah selama setahun lebih.. Belacan & Paku sungguh minat segalanya yang berkaitan dengan Malaysia... MALAYSIA BOLEH!



Belacan & Paku nih berasal dari Amerika Syarikat. Belacan ni dari Utah dan si Paku plak berasal dari Arizona. Umur mereka 22 tahun . Belacan dan Paku memulakan latihan dorang di USA tu pada Ogos 2007 dan ke Malaysia pada September 2007. Paku memulakan tugas selaku sukarelawan di Bintulu terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh Belacan yang datang kemudian setelah ditempatkan sementara di Singapura.


Bangga tak..bangga tak, mestilah bangga kan ! Jadi jangan malu untuk berbahasa melayu kalau kita memang orang melayu ! Malaysia Boleh !

3 comments:

chenta said...

kelakar bila tengok diorang pakai kain pelekat!hahahah

Miss Yaty said...

wow! miss yaty pun rasa bangga jugak! hidup malaysia :)

Miss Yaty said...

wow! miss yaty memang bangga jadi rakyat malaysia ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...