Friday, November 05, 2010

SEPARUH ORANG-SEPARUH HARGA !


Beliau setinggi 78 sentimeter, lahir di Wilayah Hunan, China.
Bahagian tubuhnya, dari paha ke bawah sudah tidak boleh diselamatkan.


Pakar-pakar bedah menjahit tubuhnya.
Dua tahun dia berada di hospital di Shenzhen
untuk menjalani pelbagai jenis pembedahan
semata-mata untuk membetulkan perjalanan
organ dan sistem di dalam tubuhnya.
Peng Shuilin mula bersenam untuk
menguatkan otot tangannya.  


Para doktor di Pusat Pemulihan dan Penyelidikan China di Beijing
mencipta sejenis alat bagi memampukan beliau berjalan semula.
Mereka memasang dua kaki bionik dan mencipta alat seperti
mangkuk untuk menampung tubuhnya.


Akhirnya, Peng dapat menapak…


RGO atau recipicating gait orthosis,
adalah instrumen yang dipasang di kaki bioniknya.
Ada sebuah kabel yang terpasang supaya bila sebelah kaki bergerak ke hadapan, sebelah kaki lagi akan bergerak ke belakang. Akhirnya, Peng dapat berjalan…


Kini Peng Shuilin sudah membuka sebuah pasaraya
yang dinamakan Separuh Orang-Separuh Harga!
Lelaki berusia 37 tahun ini sudah menjadi seorang usahawan
yang menjadi contoh kepada OKU-OKU yang lain.
Dengan ketinggian kurang semester, kini Peng bergerak
menggunakan kerusi roda untuk memberi kuliah
mengenai pemulihan daripada kecacatan.
Anda punyai sebuah tubuh dan dua kaki.
Lihatlah Peng - insan yang tiada mempunyai kaki!

Tidak ada suatu musibah pun
yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah;
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah
niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(al-Quran: At-Taghabun: 11)



Nota Getah : tengok...kalau org cacat pon boleh berjaya, kenapa org yg sempurna ni asik nk jadi kuturayau, mat rempit jd org takberguna? renungkan...

Peng melalui semua jenis dugaan.
Kini dia mengkagumkan para doktor kerana mampu
melangkah kembali setelah sedekad berlalu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...